Saturday, May 5, 2012

raksasapurple.blogspot.com dalam remaja 1 April



Dah beli Remaja keluaran 1 April lepas? Yes, dengan perasaan terkejut aku dapat message dari rakan yang menyatakan blog raksasapurple keluar dalam majalah remaja. Hewhew. Ini serius, seumur hidup aku tak pernah beli majalah remaja, bila dapat tahu blog sendiri keluar dalam majalah, terus beli. This is so bad, so so bad. Maaflah, tak dapat cerita lebih panjang. Betul-betul tak ada idea & sangat busy dengan kerja. Biasanya memang tak boleh keluar dari office ON TIME. Apa yang penting, Qualification.Confident.Performance. Wish me luck! 

Saturday, April 28, 2012

Konvokesyen Diploma Akauntasi & Kerja


Tamatlah sudah Majlis Konvokesyen Politeknik Port Dickson ke-21 pada 21 Mac lepas. Kebetulan sama dengan umur aku, 21 tahun. Actually tahun ni umur aku 22 tahun, tapi disebabkan lahir pada hujung tahun, maka aku masih lagi berumur 21. Hahaha. Eh, maaflah atas kelewatan update pasal konvokesyen ni. Kesibukan yang melanda menyebabkan aku tak dapat buka blog. Sobs sooobs..













Ucapan TERIMA KASIH buat mak & ayah yang tak putus-putus berdoa, beri duit belanja yuran, makan & segalanya. Buat rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu & menceriakan suasana pembelajaran.







Sekarang, aku bekerja sebagai accounts assistant di Ambank, KL. Kalau ada sesiapa rasa nak jenguk aku atau bekalkan aku makanan tengahari sila datang ke Ambank Jalan Raja Chulan di tingkat 9. Kihkih.

Friday, March 30, 2012

Generasi Saya



Tiba-tiba perlu terasa pulak dengan video ni. Tiba-tiba teringat zaman persekolahan. Macam-macam kenangan yang masih fresh dalam ingatan. Terutama sekali part buat satu buku biodata khas untuk kawan-kawan tulis personal detail dorang dalam buku biodata tersebut. Budak-budak sekarang nak berkenalan hanya perlu tekan button "add friend" dalam facebook. Kalau diikutkan kenangan aku dulu, sampai je kat kelas-terus duduk-tetiba terjumpa satu lipatan kertas bawah meja kelas. Bila bukak, ohh okay ada lelaki nak berkenalan. Rupanya lelaki tersebut pun nak biodata aku jugak. Aku pun bagi je biodata, tapi lamarannya tidak diterima. Sebab tulisan dia buruk tambahan pula bahasa malaysia dia langsung aku tak faham. Dulu kebiasaannya lelaki je nak berkenalan. Bukan macam perempuan sekarang.


Lagi satu part yang paling aku suka. Habis je waktu persekolahan, semua berebut beli keropok lekor dekat kereta yang kebiasaannya makcik & anak-anaknya yang jual. Tak puas dengan keropok lekor, beli aiskrim calong sampai baju canggih kotor + kepam. Sambil tunggu mak jemput, main cop tiang dulu dengan kawan-kawan.


Tapi masa tinggal dekat Serdang pun best juga. Balik je dari sekolah terus tekan loceng rumah kawan. Call dia set masa nak swimming masa petang. Mandi manda dengan kawan-kawan sampai senja. Heaven gila masa tu, dengan swimming suit yang menampakkan pusat & peha. Ehem kalau sekarang pakai macam tu kat luar, mahu disembelih. HAHAHA.

Berbeza dengan budak-budak zaman sekarang, mereka lebih gemar melakukan aktiviti indoor. Berbeza seperti dulu, main teng teng, batu seremban, main basikal naik turun bukit or anything which related to aktiviti berkumpulan. Budak-budak sekarang balik dari sekolah je terus menghadap laptop-buka facebook/twitter-kutuk kawan2 sana sini. Kita ni, ada facebook pun lepas habis SPM. Ada boyfriend masa sekolah pun tak kecoh dekat laman sosial. Pasal tu budak-budak sekarang ni perlu berhati-hati dibuat calon. Sikap sebenar mudah diketahui di laman sosial. Apa yang dah tersirat dihati terus luahkan dekat blog, facebook & twitter. Ish, TAKUT!

Siapa setuju generasi 1990 paling THE BEST? Yeahhh apa-apa sahaja yang baru mesti bermula dengan generasi yang lahir pada tahun 1990. Contoh? Yes, contohnya matematik & sains dalam bahasa inggeris. Kebanyakan yang lahir pada tahun 1990 cantik & tampan2 belaka. Ahaks! Kalau dibandingkan muka generasi 80an & 1990 dengan budak-budak sekarang, muka kami nampak lebih muda! YES! Kebanyakan budak-budak sekolah sekarang nampak lebih matang. Kalau kita tengok dekat twiiter & facebook, tahun 1990 paling popular. hehe. BANGGA!

Sunday, February 26, 2012

A Special Delivery









There is a note "Maafkan i atas segala kekurangan yang ada pada diri ini" 

Sunday, February 19, 2012

Hello, Pulau Langkawi




Assalamualaikum semua. Setelah beberapa minggu aku tinggalkan blog, baru sekarang aku dapat update. Habis percutian di Langkawi, terus memikirkan idea yang bakal diolah tentang percutian selama 5 hari itu. Dalam seumur hidup, ni kali kedua aku pergi ke pulau tersebut. Kali pertama pergi, tak ziarah pun tempat-tempat yang bersejarah. Maklumlah, masa tu umur baru 12 tahun, asyik fikir enjoy & coklat. Besar gedabak macam ni, baru rasa seronok pergi tempat-tempat bersejarah sambil menghayati, mempelajari & menghargai.

Perjalanan bermula dari Negeri Sembilan -> Selangor -> Perak -> Pulau Pinang -> Kedah -> Perlis. Fuhh 6 negeri dalam masa 2 hari. Hari isnin bertolak dari N.9, then tidur di Taiping. Hari seterusnya bertolak ke Jeti Perlis dari Taiping. Ni baru namanya travel. Hari khamis check out dari Langkawi, seterusnya singgah rumah jiran lama mak di Kedah. Oh ye, buat pengetahuan korang, aku ni anak kelahiran Kedah ye. Hihi. Tapi tetap anak jati Negeri Sembilan.









Makam Mahsuri




Al-Fatihah













Aku dah kata besar gedabak. Nahhh jangan gelakkan aku. Salah baju 2 lapis ;p

















Kalau Hanis Zalikha sibuk promote chocolate dove dia, meh sini aku perkenalkan Camille Bloch kegemaran aku. Dove memang kegemaran aku, tapi coklat ni lagi SEDAP dari dove. Serius! Berlemak & rasa nak lagi. RM8.00 saja di Langkawi. Negeri lain aku tak tahu sebab tak pernah jumpa lagi kat mana-mana setakat ni kecuali di Langkawi.



Underwater World Langkawi



Beras Terbakar


Kau tengok mousse dia, NYUM!








Okay, itu saja yang aku nak cerita. Idea memang tak banyak, tapi gambar banyak. haha. Semoga korang senang hati baca entry ni ye. Jumpa lagi Langkawi!