Friday, August 27, 2010

Kelihatan dua bulan


Assalamualaikum semua.Pernah dengar berita Two Moons on August 27 atau kalau di-Melayu-kan, dua bulan pada 27 ogos.hehe.Ni semalam punya cerita.Jam 12.40 am saya dengan Nieza dan Rasyada cepat2 turun bawah semata-mata nak tengok dua bulan.Sebenarnya berita tu tersebar melalui penyebaran email lama yang di-recycle semula.Berdasarkan beberapa maklumat yang saya baca, beberapa tahun sebelum ni email tu sudah beredar secara meluas.Kisah tu sebenarnya tentang planet Marikh yang berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi semasa mengorbit.Pada jam 12.30 pagi, 27 Ogos, kedudukan Planet Marikh berada di atas dan sangat hampir dengan kedudukan bulan pada masa ni.Disebabkan kedudukan planet tu yang hampir, maka ia boleh dilihat dengan jelas dan nampak bercahaya macam bulan.Lebih kurang macam tu lah ceritanya.

Saye takdelah sampai betul2 saya nampak dua bulan ye kawan2.Cuma apa yang buat saya tertarik ada lingkaran warna oren sekeliling bulan.Ya Allah,serius cantik..Jam 1.00 am baru saya masuk bilik dan sambung study usahawan.Saya sempat ambil gambar bulan.Tapi tak jelas and tak nampak pun lingkaran warna oren tuh.Kawan saya ada ambil gambar guna kamera digital and dia cakap gambar lingkaran tu jelas.So,saya masih menunggu gambar dari dia.





meh sini cik tunjuk lagi satu bulan mengambang yang anda pasti tak kelip mata.jeng jeng jeng




okay,geli hehh.okay,bye :D

2 comments:

  1. yg gambar second tu nampak jelas sket. :)

    tau pun geli! hehe

    ReplyDelete

Thank you for reading