Wednesday, August 18, 2010

Senyumlah,awak cantik sangat bila senyum


Boleh tak nak membebel sikit pasal senyuman?boleh?boleh?thanks..hehe :) Bukan nak membebel sangat cuma nak tegur sikit pada kakak2 dan adik2 yang manis kat luar tuh,tolonglah rajin bagi senyuman tu sikit.Bukannya awak tak cantik bila senyum.Malah bertambah manis dan ayu bila terukir senyuman di wajah awak yang memang dah cantik tuh.cewahhh..

Awak semua sepatutnya bersyukur kerana dikurniakan bibir.Jadi,nikmatilah anugerah Allah itu dengan sebaik-baiknya.Ada orang,bibir dia senget,sumbing dan sebagainya lah kan sampai susah nak senyum.Manusia yang dikurniakan bibir yang cukup sifatnya,senyumlah selagi boleh senyum.

Bukan ke senyuman tu satu sedekah?Kalau pagi2 pergi kelas,awak bagi senyuman kat kawan2 awak,mesti sejuk je mata kawan2 awak tengok awak tao.Lagipun senyum ni satu ibadah.Rasulullah S.A.W sendiri menggalakkan umat2nya supaya sentiasa senyum.Kalau awak ada masalah,senyumlah pengubatnya.Senyumlah selebar mana pun,tapi senyum tu biarlah ikhlas dari hati ye.hehe.


senyum macam ni :)




1 comment:

  1. salam...
    owhh lebai...
    da pandai.....
    kitorang kat sni tersenyum2..
    hahaa
    wah meriah ae ngn warna kuning..

    ReplyDelete

Thank you for reading