Saturday, October 23, 2010

Karnival Kerjaya 2010



Pada 19 October 2010, Datuk Farah Hanis bersama rakan-rakannya melawat karnival kerjaya yang bertempat di Politeknik Port Dickson. Pelbagai booth yang berada di karnival tersebut. Antaranya, A Famosa Resort, Unisel, Bank Rakyat dan sebagainya. Datuk sangat teruja melihat reaksi pelajar-pelajar Politeknik meraikan karnival tersebut pada awalnya. Tetapi, pada akhir sambutan, pelajar kurang menghadiri seminar kerjaya yang diadakan. Mungkin kerana faktor menghadiri kelas ataupun sikap pelajar yang kurang memberangsangkan. Pelajar harus ingat, seminar kerjaya ini jarang diadakan di Politeknik, jadi pelajar harus ambil kesempatan ke atas peluang yang telah diberikan oleh pensyarah untuk menunjukkan kepada pelajar bahawa pentingnya untuk buat keputusan sama ada ingin bekerja selepas tamat diploma atau ingin menyambung pelajaran pada tahap lebih tinggi di universiti-universiti yang ada sekarang ini.







Datuk bersama rakannya Cik Sukainah Bashirah dan Cik Hanisah melawat booth Politeknik Port Dickson dan berjumpa dengan Encik Hafiz, salah seorang kakitangan dari JobStreet.

Ini adalah salah satu gambar Datuk bersama rakannya, Cik Sukainah Bashirah dan Encik Hafiz.



Encik Hafiz meminta bergambar dengan Datuk Farah sekali lagi. Oh, Encik Hafiz begitu teruja sekali dapat berjumpa dengan Datuk Farah.


Datuk memberi ucapan tentang karnival yang dijalankan.




Muka teruja Cik Sukainah dan Cik Hanisah melihat hiasan di hadapan pentas.


Datuk kagum dengan hiasan di hadapan pentas.


Muka letih Datuk selepas menziarahi booth satu per satu.


Datuk buat keputusan ingin beriadah di koperasi Politeknik setelah penat berjalan mengelilingi booth yang ada.




No comments:

Post a Comment

Thank you for reading