Friday, February 18, 2011

Better than anything

"Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul."


Assalamualaikum semua.

Itulah die tadi maksud maulidur rasul yang i cilok dari google. kihkihk.. Lama giler tak jenguk blog ni, lately ni busy sikit dengan midterm and assignment. Terpaksa ku abaikan blog buat sementara. hukhuk. Okay, even dah lepas tapi i nak wish jugak salam maulidur rasul pada semua kaum Islam. Tengok2 i ni macam malas pergi pusat islam(masjid poly) tapi rajin jugak sambut maulidur rasul kat seremban tao. kihkih. Bukan apela, bile ada exam je memang macam ala2 malas pegi pusat islam. cehh. Yela, nak study amek masa yang lama kan untuk paham sume topik. cehhh lagi.. Haa baut perarakan maulid kat seremban hari selasa, actually hari rabu esok tuh i ada kuiz finance tao. Cakaplah kite rajin, cakaplahh. kihkih. Dah lama tak libatkan diri dengan perarakan, so apa salahnya kite exercise, munasabahkan diri, berjihad, cehh demi mengingati perjuangan kekasih Allah swt. Before hari perarakan, hari isnin tuh i dengar ceramah bout Rasulullah saw kat surau muslimah. After that kitorang bincang2 nak pakai baju kaler ape, tudung kaler ape, and buat keputusan pakai tudung kaler krim or putih. I pon iyekan aje, ehh ehh i lupa i ade satu je tudung. kahkah. So terpaksa pakai satu2nye tudung krim i yang selalu pakai pegi pusat islam tuh sebab yang laen sumenye shawl sahaja. Takpe2 hal kecik je kan.










Dah habis perarakan dorang sediakan makanan. Teka apa? KFC lahh. haha.
Kalau nak tau kat mane2 tempat kalau i dapat makanan free
memang tak sah kalau tak dapat dua.
Mula2 i dah makan separuh, lepas tuh i buat2 keluar and masuk balik
semata-mata nak dapat lagi makanan. wakakakahh.
Ape? memang badan kecik tapi selera besar tao sebab perut kempis ni banyak space. haha. Serius tak tau malu kan. Ala, dah biasa.. haha.










dimana-mana sahaja perlu bawak tamagotchi.

takot dia mati T_T


p/s: Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


ehem ehem

No comments:

Post a Comment

Thank you for reading