Sunday, February 20, 2011

Kalau nak kurus tapi tak exercise takde maknenye..

Assalamualaikum semua. Salam satu malaysia.



Sihat? Dah makan? Haa baguslah pagi2 yang indah ni breakfast banyak2. Nanti bile nak lunch boleh makan benda yang ringan2 jeh. Malam pulak makan jam 6 ye. Tak elok makan malam lambat2, tak normal cara pemakanan tuh. Kalau tak breakfast then lunch banyak2 pon tak normal jugak. Sebab apa? Sebab sarapan di pagi hari dapat meningkatkan metabolisme tetap tinggi dan menjaga tenaga tetap tinggi sepanjang hari. Tak hairan mengapa perempuan yang melewatkan sarapan pagi biasanya 4, 5 kali brpeluang lebih besar untuk menjadi gemuk. Makanlah mengikut keperluan fizikal anda. Jika anda sangat aktif dalam sukan dan permainan, anda harus makan lebih banyak. Jika anda tidak begitu aktif, anda harus kurangkan makan. Rakyat Malaysia sekarang ni makan je banyak, tapi jaga kesihatannya tak kemana. Bukannya tak sihat je, malah membawa kepada kegemukan jugak. Siapa kata "biar besar asalkan sihat"? Tak semestinya orang berbadan besar ni sihat and orang berbadan kurus ni tak sihat. Orang kurus pon ada yang kuat makan jugak. Tapi tak gemuk2 sebab memiliki kadar metabolisme yang tinggi.


Orang sekarang malas sangat exercise. Bila ajak jogging, main futsal, bagi alasan malas takpun tak aktif sangat bersukan. Oh come on lahh, sibuk sangat nak diet taknak makan tapi malas exercise. Orang kurus pun ada semangat nak exercise sebab nak maintain badan kurus. Nak orang cakap " kau kurus mesti kau lawa " baru nak exercise? Macam tuh? Bersukanlah demi kesihatan. Kalau tak makan takde kemana kurusnye tuh. Letak profile picture kat FB pun letak bahagian muka je sebab malu badan gemuk kan, so rajin-rajinkan diri untuk bersukan.


"Selain tu, kita semua perlu Ikuti Panduan Piramid Makanan! Ia satu cara yang seronok dan senang untuk mendapat diet yang seimbang. Piramid ini mengesyorkan berapa banyak yang anda perlu makan daripada setiap kumpulan makanan. Ini akan membantu anda mendapat jumlah nutrien yang diperlukan. Senang sahaja mula dari bawah piramid dan naik ke puncaknya!"


Bertenaga Dengan Bijirin Dan Ubi

Nasi, mi, roti dan makanan bijirin lain mengandungi karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada badan dan minda anda! Ubi seperti keledek dan kentang juga merupakan pilihan yang bagus! Makanan seperti ini harus menjadi sumber tenaga anda yang utama. Makanan ini juga mengandungi sejenis karbohidrat khas, dipanggil serat, yang amat penting untuk kesihatan anda. Nampak? Banyak khasiat nasi kan. Tak perlulah seharian tak makan nasi sampai nak makan benda2 yang ringan je. Mahu kena gastrik ka? Dah sakit pun tak insaf2 lagi.



Kuasa Kekacang

Kekacang adalah sumber protein yang baik. Anda boleh memilih pelbagai jenis kekacang seperti dhal, kacang hijau, kacang merah dan kacang soya. Kekacang seperti ini juga membekalkan serat yang penting untuk kesihatan anda. Jadi makanlah pelbagai kekacang!



Buah-Buahan enak !

Buah-buahan membekalkan vitamin dan mineral yang boleh melindungi badan anda daripada penyakit dan jangkitan biasa. Vitamin C dalam jambu, betik dan oren, misalnya, boleh membantu luka cepat sembuh. Buah-buahan juga mengandungi serat.


Makanlah banyak buah-buahan dan minum jus buah-buahan untuk menjadi sihat!




Sayuran sihat !

Sayur-sayuran juga mengandungi banyak vitamin dan mineral yang boleh membantu badan anda berfungsi dengan sempurna. Seperti makanan tumbuhan lain, sayur-sayuran juga tinggi kandungan serat.

Buatlah pilihan bijak makan sayur-sayuran yang pelbagai warna, bentuk dan saiz! Sayur-sayuran mentah, dikukus atau ditumis adalah pilihan yang paling bagus.



Susu Pilihan Bagus!

Susu bukannya untuk bayi sahaja. Anda memerlukan susu juga kerana ia mengandungi zat protein untuk membina badan anda, vitamin serta mineral-mineral yang penting. Susu membekalkan kalsium, sejenis mineral yang boleh membentuk tulang yang kuat dan padat supaya tidak mudah patah kemudian hari nanti.

Sama ada anda minum susu segar atau susu tepung, susu biasa atau susu berperisa, segelas di rumah, atau sepaket di sekolah, pastikan anda minum susu dan dapatkan khasiatnya.



Makanlah Daging

Daging dan ikan mengandungi protein untuk membina otot dan tisu-tisu lain dalam badan anda. Daging juga merupakan sumber vitamin B, zat besi, magnesium dan zink yang bukan sahaja penting untuk kesihatan anda, tetapi juga membantu memperbaiki pencapaian fizikal dan mental anda.



Lemak Penting Juga!

Lemak adalah penting kerana ia adalah sumber kalori yang penting untuk memenuhi keperluan tenaga anda. Ia juga membekalkan nutrien-nutrien lain yang penting seperti asid lemak dan vitamin.

Akan tetapi, anda hanya memerlukan lemak dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Mengambil terlalu banyak lemak adalah buruk untuk kesihatan anda. Pertamanya, lemak mengandungi terlalu banyak tenaga sehingga boleh menambahkan berat badan anda. Keduanya, lemak haiwan (dari daging lembu, ayam, kambing atau khinzir) dan lemak dari sesetengah tumbuhan (seperti kelapa) boleh membawa kesan buruk kepada jantung anda dan lama-kelamaan mungkin mengakibatkan penyakit jantung.




Kurangkan Garam, Gula & Bahan Pengawet

Jika anda menggemari makanan yang manis, masin atau diproses, anda harus mengetahui ini. Terlalu banyak garam adalah buruk untuk tekanan darah anda, terlalu banyak gula boleh menambahkan berat badan anda, manakala sesetengah bahan pengawet dikatakan boleh menyebabkan penyakit kanser.


Walau ape2 pon, asalkan sihat kan kan. Lagi2 perempuan, senggugut pun dah menandakan yang mereka ni tak sihat. Ok, nanti i update pasal senggugut pulak ye. Satu2 dulu. hehe


Oleh itu, renung-renungkan dan selamat beramal :) boiiii


sekarang ni dia lebih berisi dari saya. kahkahkah

1 comment:

Thank you for reading