Sunday, February 27, 2011

Malaysia boleh, wanita pun boleh




Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dinobatkan sebagai wanita pertama Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1432H peringkat Kebangsaan di Putrajaya. Secara langsung memecahkan rekod lelaki yang mendominasi anugerah ini sejak diperkenalkan 24 tahun lalu. Selain itu, beliau banyak menyumbangkan idea dalam pertumbuhan ekonomi negara termasuk mengilhamkan penubuhan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) pada 2006. Beliau adalah ikon dalam industri perbankan dan pengiktirafan turut diberikan sebagai wanita yang paling berkuasa dalam kewangan pada tahun 2000 oleh majalah Global Finance.



Datuk Robiah Abdul Ghani, 57 tahun memecahkan tradisi sebagai polis wanita pertama dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman. Beliau turut melakar sejarah wanita pertama menjadi Ketua Polis Negeri Pahang.





Datuk Nicol Ann David, terus unggul sebagai pemain skuasy nombor satu negara. Kejayaan terbaru beliau menyumbang pingat emas dalam sukan Asia di Ghuangzhou memperlihatkan prestasi cemerlang salam mendominasi skuasy wanita sejak lima tahun lalu.





Dalam bidang kehakiman syariah pula, kerajaan buat julung kalinya melantik dua hakim syarie wanita pertama negara iaitu Suraya Ramli dan Rafidah Abdul Razak pada Mei, 2010. Kini, masing2 bertugas di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.


lastly, she's the one :)


No comments:

Post a Comment

Thank you for reading