Saturday, May 14, 2011

Awas.Jangan dekati orang "bermindset negatif"


Bila anda berada di persekitaran yang dikelilingi oleh orang-orang bermindset negatif dan mereka sedang mengatakan sesuatu yang negatif, sebenarnya anda sedang menyediakan diri anda untuk dijangkiti pemikiran negatif. Anda akan terjangkit pemikiran negatif mereka, anda akan terbawa-bawa oleh cakapan negatif mereka sebab anda rasa seronok bercakap begitu seperti mereka.

Cara terbaik untuk mengelakkan anda dijangkiti pemikiran negatif adalah dengan berdiam diri, cuma memberi respon ketika di minta atau ketika dirasakan perlu. Elakkan untuk menyertai perbincangan bersifat negatif. Elak menyertai perbualan bersifat negatif. Mengumpat, mengeji, memburuk-burukkan dan mentertawakan seseorang adalah contoh perbualan bersifat negatif. Anda tak akan dapat mengelak habis dari perbualan negatif sebab orang-orang yang menyertai perbualan sebegini adalah kawan-kawan anda sendiri. Anda akan dianggap sombong dan membenci apabila tidak menyertai mereka. Untuk mengambil hati mereka, anda kena join. Bila sudah join, bahayanya anda akan jadi orang berfikiran negatif seperti mereka. Diam adalah cara terbaik. Diam lebih baik dari bersuara untuk mengata dan dari mengutarakan rasa -tidak puas hati. Bila sudah tidak puas hati, anda akan tidak puas hati berkali-kali untuk hari-hari seterusnya.

Saya kongsikan tips untuk mengelak diri dari berfikiran negatif. Caranya, berhenti dari memandang keburukan orang lain. Itu saja. Jika orang itu buat sesuatu yang buruk pada pandangan mata anda, jangan menyampah dengan perbuatannya itu, tapi biarkan saja dia. Itu haknya mau buat apa yang dia suka. Kita pula jangan mengumpat atau mencela, tapi ambil pengajaran dari apa yang kita lihat, dengar dan rasa, baik tau buruk. Gali motivasi dalam apa jua yang berlaku di sekeliling kita, walau seburukmanapun ia. Percayalah, jika sesaat kita sudah memandang kepada yang negatif, maka seminit kita akan mula berfikiran negatif, sejam yang seterusnya, fikiran kita lebih menjurus kepada yang negatif. Fikir yang negatif, gelombang minda anda akan menarik semua yang negatif juga. Jika anda suka berkata tentang keburukan orang lain dan suka mengadu pasal ketidakpuashatian anda pada orang lain, maka apa yang anda katakan itu akan datang pada anda sendiri.

Untuk mengelak dari berfikiran negatif, anda perlu banyak berfikiran positif, optimis dan melihat kebaikan lebih banyak dari keburukan dalam apa jua keadaan. Kena bersangka baik tak kira pada sesiapa jua, tak kira di mana dan tak kira bila. Setiap apa yang kita fikir, buat dan kata ada balasan. Ini hukum alam dan memang wujud dari dulu lagi. Fikir baik di balas baik, fikir jahat dibalas jahat. Senang cerita, jika anda suka berfikir yang negatif terhadap semua orang, situasi, perkara dan keadaan, negatif juga hasil yang anda dapat nanti. Kalau boleh, elak untuk berkata keburukan orang lain dan latih diri untuk sentiasa kagum pada orang lain walau sekecilmanapun kehebatan dirinya. Andai dia sekadar seorang tukang sapu, anda harus kagum pada kerajinan dirinya menyapu dan fokus dirinya pada kerja penyapuan yang dilakukannya, bukan memandang kepada kehinaan sebab dia seorang tukang sapu.

Itu cara asas untuk mengelak diri dari berfikiran negatif. Berfikiran negatif walaupun sesaat boleh menurunkan tahap motivasi anda. Jadi, kena berjaga-jaga. Awasi perkataan yang keluar dari mulut anda, yang anda di hati anda dan yang berlegar di fikiran anda.


Insan-insan yang bermindset positif


Ohsem kann? :)





p/s: Sentiasa berdoa kepada-Nya agar tiada hubungan dengan orang-orang yang "bermindset negatif" :)

4 comments:

  1. amat stuju..wlaupown kkdg kita xbercakap pown...dgn mndengar pown kkdg amat mudah terpengaruh....cbe mngelak apabila insan2 itu mau mempengaruhi...

    ReplyDelete
  2. SETUJU. THINK POSITIVE. BUKAK MINDA

    ReplyDelete

Thank you for reading