Sunday, May 22, 2011

Wonderful MAY


Perasan tak? Bulan mei ni penuh giler movie2 yang best kan. Macam Kongsi,Nur Kasih,Pirates of the Caribbean 4&macam2 citer hantu/sebagainya. Buat geram pun ada jugak sebab rasa sehari nak tengok wayang tu macam2 cerita nak tengok. Ada plan jugak nak tengok semua cerita kat cinema dengan flying man tapi masa je yang tak mengizinkan. But but but, movie2 yang orang2 sekarang dok kecoh2 tuh, macam KONGSI&NUR KASIH, haaa dua movie ni je yang i dah tonton tao.

Kongsi

I tengok kongsi dengan flying man. Dia dah cakap kat i, simpan gelak sebab nanti gelak puas2 tengok kongsi.






Tapi kan, tak berapa nak gelak sangatla tengok cerita tuh. Macam ada kurengg sikit. Yela, korang semua perasan tak, ada scene tuh macam tibe2 je ada. Tetibe je shaheizy sam ada kat satu tempat tuh, tetibe je benda tu boleh berlaku. Sam berlakon dah cukup dah, memang ada part betul2 lawak die buat. Ala, memang die berlakon best giler pun kan. Ada jugak orang lain komen loghat kelantan die tak menjadi. Bagi i, okay je. Yela, i ni bukan orang kelantan&takde kawan orang kelantan pun. Kalau orang kelantan dah komen macam tu, tak tahula i nak cakap pe. hehe. Lagi satu i ada nampak orang komen Farid Kamil tak boleh jadi pengarah. Elok dia jadi pengarah cerita cinta jeh. haha. NO KOMEN.





Nur Kasih

I memang ikut cerita ni dari awal drama sampai habis. Of coursela Nur Kasih the movie i wajib tonton sekali kan. I tengok cerita ni dengan family. Mak i dah siap2 beli tisu, wahhh dah ready untuk menangis nampaknya. Dalam cinema, macam biasala duduk diam2 kan, tetibe.... "ainul, tolong minta tisu kat mak" I pun nangis!!! Sepanjang cerita tu buat i nangis kot. Keseluruhan cerita tu bestla bagi i. Tak taula pendapat orang lain macam mana kan. Dugaan yang menimpa adam&nur,mamat yang kena pukul ngan jamal,lawak mia sara,abang aidil yang baik yang sentiasa disisi adik die,adam. Cerita ni ada jugak bagi pengajaran kat i. Macam best je ada watak macam Nur tuh, die yang boleh membimbing suami die. Ayah i cakap pe tao, tekak dia sakit2, rupanya tekak sakit sebab tahan nangis. haha. See, lelaki pun boleh nangis. Dah habis cerita tu, ramai yang tepuk tangan dalam cinema. Maknanya cerita ni bagi kesan kat penonton. SYABAS!




Bulan mei ni jugak buat i banyak makan. Dah 2 kali makan steamboat di Johnny's & sekali je makan seafood masa tu kan. Mak i plak dah terperasan punggung i makin besar. hahaha. Apa nak buat, dah tanam anggur je kat rumah, memang berlemakla badan ni. Lepas tamat je tonton Nur Kasih. kitorang singgah makan di Johnny's. Konyang habiss.








hehuho. air kesukaan sepanjang masa. durian belanda!








May yang hebat kan? hehe. Assalamualaikum...



5 comments:

Thank you for reading