Tuesday, July 26, 2011

Expression

Hello readers =)

Hidup aku sekarang ni macam tak ada life. Eh apa? Hidup macam tak ada hidup? Sekarang ni aku kerja as a cashier dekat giant tampin. Nama pun nak kerja sementara je kan, so aku carik kerja yang tak ada kaitan langsung dengan bidang. Penat wehh penat.. Kau bayangkan tiap-tiap hujung bulan keluar gaji, mesti dah ramai customer dalam giant tuh. Dahlah tugas aku sebagai juruwang dalam masa yang sama kena scan barang & masukkan barang dalam plastik. Bukan tangan je yang sakit, kaki pun sakit sampai pernah ambil MC akibat kebengkakan(haa amik kau ayat pun tak betul) urat. Apa boleh aku buat, dah aku pilih jalan ni, so aku kenalah sentiasa hadapi dengan tenang kan.

Perkara yang paling merimaskan aku pasal giant ni, setiap weekend/hujung bulan konfem ada offer. Barang offerla, buy 2 free 1 laaa.. It's okay terus dapat je barang free. Tapi barang free pun kena scan sekali taw! Kalau aku tak update pasal barang free? That's why setiap cashier kat giant tu kena update pasal barang free sebab barang free pun kena scan sekali. Kita pulak yang kena ingatkan customer. Haihhh. Lagi satu pasal salah harga. Dekat tempat asal harga murah, bila scan harga mahal pulak. Tak pasal-pasal customer nak cancel. Hoi cancel barang tu perkara yang senang tao. Kalau banyak sangat cancel receipt, kena jawab dengan bos pulak. Oleh hal yang demikian, demi mahu berhati-hati before customer nak tahu harga yang sebenar, aku suruhla dorang pergi check harga dekat customer service, punyalah pemalas si customer nak pergi check harga barang, si cashier jugak yang kena bodoh.

Pening aku. Nasib baik nak kerja sementara je. Bulan ramadhan semakin hampir, lepas ramadhan, bertemulah dengan hari raya. Memang RAMAIlah customer yang datang. Tapi aku nak cakap sikitlah, ada jugak rakyat Malaysia yang tak tahu hari tanpa plastik eh? Tu yang tak tahu langsung, ada tiga empat ekor tuh, "ehh lupalah harini hari sabtu, kalau tau dah bawak paper bag dahh" Fuhhh..

Then hari ahad customer akan balas dendam beli barang sebanyak mungkin atas sebab hari sabtu adalah hari tanpa plastik. Fine ohh finee..

Hari yang banyak customer adalah hari yang paling mencabar, bukan sebab kepenatan, tetapi atas sebab income yang banyak. Tau sebab apa? Kemungkinan bleh berlakunya short sebab boleh terlebih bagi balance pada customer atau tersalah kira masa mahu tukar duit dengan supervisor. Read carefully, BUKAN SEMUA SUPERVISOR BOLEH DIPERCAYAI.

Letih. Bukan sahaja letih melayan customer yang banyak kerenah seperti, mahu barang free, mahu barang murah atau sebagainya, tetapi letih juga melayan customer remaja lelaki yang pernah ajak keluar makan bagai. Nak jugaklah merungut kat sini terpaksa layan kerenah pekerja lelaki kat situ. Rasa serba salah, bukan serba salah dengan flyingman, tapi serba salah dengan pekerja-pekerja kat situ. Sebab? Sebab aku ada main message dengan sorang pekerja kat situ (si A) and dalam masa yang sama ada pekerja(si B) kat situ jugak nak message dengan aku. Aku takut one day nanti dorang akan salah faham dengan aku. Bukan tu je yang aku takut, one day dorang pun dapat tahu yang dorang message dengan perempuan yang sama. Cehh macam telenovela pulak kan. Lagipun si A cakap, si B terlalu berharap dari aku. So aku buat keputusan mahu resign dengan secepat mungkin.

Bye. Assalam..



layan video yuna

1 comment:

  1. ooo.... keje kat tampin ke... dekat la dgn kg saya... tp sy jarang2 g giant tampin tu... :-)

    tp keje cashier ni dpt tgk byk gelagat org... boleh belajar berinteraksi dgn org... :D

    ReplyDelete

Thank you for reading