Tuesday, September 20, 2011

Sambutan Raya


Assalamualaikum

Dah habis syawal ke belum? Syawal dah nak habis baru mahu update pasal raya ye? Oh memang disengajakan :) Nak mention kat sini yang sebenarnya raya tahun ni tak macam raya sebelum2 ni. Oh ye sudah tentu puasa tahun ni tak penuh tapi kemeriahan raya tahun ni tak dirasai langsung. First, 4 hari sebelum raya ayah saudara telah meninggalkan dunia kerana heart attack. Sangat mengejutkan. Aku ingat lagi keadaan mak aku kejutkan kami adik beradik bangun bersiap pergi melawat jenazah arwah pada jam 2 pagi bersamaan hari jumaat. Aku ingat mak aku kejutkan bangun sahur, bila sebut ayah saudara meniggal je, aku terperanjat lalu beristighfar. Eh kau tak rasa ayat aku lain macam? *tukar topik tetibe*

Aku tahu hari jumaat memang hari aku bekerja. So, aku terpaksa ponteng kerja demi melawat jenazah arwah ayah saudara yang takkan aku temui lagi T_T Jenazah terakhir yang aku cium adalah arwah nenek aku yang telah meninggalkan dunia kira-kira pada 12 tahun lepas. Then baru-baru ni of courselah arwah ayah saudara aku yang digelar sebagai "ayah ngah" kerana beliau merupakan anak kedua dari enam adik beradik. Nak tahu kisah beliau dengan lebih lanjut? Jusy visit my mom's blog: ..::My Kitchen::..

Raya tahun ini juga adalah merupakan raya pertama yang aku tak sambut. Kau faham? Maksudnya aku bekerja pada raya pertama & kedua. Aku sengaja taknak ambil cuti sebab mahukan triple salary. Hiks! Ala, dah biasa kot raya dengan family. So apa salahnya ambil experience beraya dengan kawan kerja. Hehe. Lagipun lepas ni kalau terpaksa bekerja pada hari raya dah boleh rasa macam hal biasa je kan. Huhu. Did you know yang aku adalah satu-satunya cashier paling banyak OT? Oh am jee 38 jam beb. 38! Kau hado? Haha. After cashier lain tahu aku paling banyak buat OT mulalah dorang kecoh2 & nak mengaku yang aku ni kawan dorang tapi masa suruh dorang buat full tak pulak buat. Haihhh saje jeh nak ambil kesempatan tu kan. One more thing, aku dah hantar notis resign pada 31 ogos lepas. Hihi ^_^ Bermakna pada 30 september adalah hari terakhir aku bekerja di giant tampin. Weeehooo~

Tamat sudah cerita kerja aku. So how bout my raya? Ohh aku hanya mampu keluarkan gambar2 raya aku dan saudara di pantai, seremban. Betapa seronoknya kami sekeluarga bergambar di kawasan kampung. Maklumlah, kampung sendiri tak macam kampung orang lain. Serius aku suka suasana kampung, rumah papan, angin bertiup kencang, barang antik. Haihhhh :)

Maaflah pada kawan-kawan yan invite aku pergi open house. Kebetulan open house intan sama dengan kenduri tahlil yang diadakan dekat rumah aku, so aku betul2 sibuk masa tuh sampai tak terjawab call kawan2 sendiri -__- sorry!



awesome -..-


menyayangi antara satu sama lain walaupun sering kutuk mengutuk
si HIDUNG & si GIGI BESI :')


ohhhh -__-


berpotensi untuk menjadi datin seri.T_Tsumpah annoying kannn.
(sebokk je budak belakang)


muka tak jadi dipinang.hahaha




alya with the owner of anymz kitchen blogspot


me.kazen.anak2 sepupu mak


awwwwww :)





lastly, no caption.gahahahaha

6 comments:

Thank you for reading