Sunday, October 9, 2011

Penelitian Melayu.


Assalamualaikum




Sejak bekerja sebagai cashier dekat gian tampin, sudah berkali-kali saya melihat setiap tutur kata dan setiap perwatakan yang dibawa oleh orang melayu. Tahu apa yang saya rasa? Sedih, marah, bengang, semuanya rasa negatif yang saya rasa. Tahu kenapa? Check this out:



Cara MELAYU bayar duit

Sedar tak sedar orang melayu suka bayar duit dengan cara meletakkan duit atas kaunter bukannya hulur di tangan. Bukan semua tapi majoriti yang saya dah lihat. Saya sebagai cashier terasa diri ini seperti orang hina yang mengutip duit atas kaunter. Bukan sahaja meletakkan duit atas kaunter malah mencampakkan lagi pun ada. Bukan ke orang melayu penuh dengan budi bahasa? Hmm tepuk dada tanya selera.



Tuduh tanpa selidik


Satu masa saya pernah kena marah dengan customer melayu. Dia mengatakan bahawa orang "melayu pemalas", "satu hari bila orang cina perintah negara ni baru nak sedar itu ini" and bla bla bla. Kejadian sebegini berlaku adalah kerana rakan saya menyuruh saya melayan customer melayu ini. Sebelum tu saya sedang melayan customer lain. Dia tuduh saya pemalas tanpa selidik apa yang saya buat sebelum tu. Oh tipulah kalau saya tak bagi respon pada customer tersebut, tapi dalam masa yang sama saya balas senyuman pada pakcik(customer) tersebut. Then ada customer lain pulak datang. Seorang lagi pakcik mengatakan pada saya bahawa pakcik yang suka meleter itu adalah salah seorang rakan kerjanya dahulu. Katanya pakcik yang suka meleter itu diberhentikan kerja kerana terlalu gatal & obses dengan perempuan. What? Yes, itulah melayu.



MELAYU suka berleter tanpa cermin diri

Situasi ini boleh disamakan dengan keadaan di atas.




MELAYU tidak bersyukur

Tahu kan hari sabtu adalah hari tanpa plastik? Hello, bukannya tak ada tujuan kerajaan buat kempen hari sabtu adalah hari tanpa plastik. Melayu sangat manja sampai sanggup bayar RM20 sen semata-mata malas bawa barang ke kereta. Itu salah satu alasan yang pernah diberikan oleh customer melayu, "malas bawa barang". Saya juga pernah dengar customer melayu menghina menteri. Ada yang mengatakan bahawa menteri seorang yang bodoh kerana menubuhkan kempen hari tanpa beg plastik. Hello tolong selidik tujuan kempen hari tanpa beg plastik. Ish.









Tahu tak, pernah ada customer cina kata saya baik. Sebelum tu dia ada acah-acah saya taknak bayar barang yang dia beli. Then saya jawab dengan cara acah-acah juga, boleh bayar esok tapi simpan anak dia pada saya. Customer cina tersebut tergelak lalu mengatakan bahawa orang-orang melayu memang baik & orang-orang cina ni sombong. Sebenarnya mana-mana bangsa suka kutuk bangsa sendiri and puji bangsa lain. Saya sebagai ex-cashier dah puas melayan customer dari berlainan bangsa, tapi apa yang sama? Ya, kita satu Malaysia.







Melayu perlu ubah sikap.
Setiap bangsa perlu mainkan peranan.
SATU MALAYSIA!

8 comments:

  1. mcm terkene kat batang idung sendiri pon ader gak... hahaha!!

    ReplyDelete
  2. setuju.entri dengan mentaliti kelas pertama.bukan nak menghina tapi nak membantu bangsa sendiri.setuju sangat dengan entri!

    ReplyDelete
  3. cheezy: siapa makan cili dia terasa pedasnya ;p

    ReplyDelete
  4. cheezy: siapa makan cili dia terasa pedasnya ;p

    ReplyDelete
  5. riffzam: really appreciate that ;) thank you~

    ReplyDelete
  6. pasal bg duit letak atas kaunter tu perkara biasa kot.. sb slalu berlainan jantina.. hihi.. lgipon nak kuar duet sekeping², x sedap plak org kaunter dok menadah kan.. hihi...

    yg pasal bahasa tu.. makin maju.. makin hilang berbahasa.. huweh huweh..

    manusia ramai lupe diri..

    ReplyDelete
  7. selipar hijau:
    1) duit letak atas kaunter perkara biasa?berlainan jantina?-ada je lelaki yang bayar hulur kat tangan,tapi pandai je dorang xnk bersentuhan.hihi.

    tak tadah tangan pun,tp tak salah buat baik kan :)

    dunia makin maju pun,bahasa takkan nak dibiarkan mcm tuh.hihi.mcm bela anak,semua buat benda yang sama,semua nak ada anak yang baik.mcm tula bahasa kan? :)

    ReplyDelete

Thank you for reading