Friday, October 7, 2011

Resipi Pavlova 'Aussie'


Assalamualaikum



Akhirnya saya dah pandai buat pavlova dengan jayanya! Yayyy!! Dah lama rasa jeles dekat kawan-kawan yang dah pandai buat pavlova. Tiba-tiba mak & saya terdetik nak buat pavlova and kebetulan mak jumpa resepi dalam majalah. So tunggu apa laaaaaagiiii..



4 biji telur
1 cawan gula kastor
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil cuka putih
1 cawan krim putar(double)-pukul kembang
5 biji buah markisa/buah kegemaran anda sendiri
10 biji buah strawberi



Cara

Panaskan ketuhar pada suhu 150C dan pukul telur sehingga kembang
Masukkan gula perlahan-lahan, pukul sehingga telur kembang dan tidak jatuh apabila di angkat.
Masukkan tepung jagung.
Pukul pastikan sebati perlahan-lahan. Kemudian tuangkan cuka dan gaul hingga sebati.
Tuangkan di atas papan pembakar yang di lapik kertas (lakar bulatan 18 cm atau mengikut kesesuaian lebar papan pembakar anda).
Bakar dalam ketuhar selama 1 jam 20 minit
Selepas itu tutup suis ketuhar dan biarkan pavlova sejuk di dalam ketuhar selama 20 minit lagi.
Keluarkan dan tuangkan krim yang telah di pukul, tuangkan jus buah markisa.
Hiaskan dengan buah strawberi mengikut kreativiti anda.


nak tahu lebih lanjut -> anymz-mykitchen






Tak susah pun buat pavlova ni. Kini saya dapat buat pavlova dengan sendiri tanpa pertolongan mak lagi. Hehe. Okay, lepas ni perlu fikir nak buat menu baru apa pulak.*demi masa depan bersama suami tercinta* ecewah.

2 comments:

Thank you for reading