Wednesday, October 5, 2011

Why blogging is important?


Assalamualaikum


Facebook ada. Twitter ada. Formspring ada. Blog? Blog sudah menjadi teman biasa semasa online. Buka sahaja internet terus buka blog. Sudah menjadi kebiasaan bagi anak-anak muda menjadikan blog sebagai teman komuniti malah warga emas juga turut terjebak dengan wabak blogspot. Hewhew. Kenapa berblogging itu penting? Jika dibandingkan keburukan & kebaikan yang boleh diperolehi dari blog, sudah pasti lebih banyak kebaikan yang dapat diperolehi.


Oh ketepikan dahulu soal bicara tentang kuburukan. Biasalah anak-anak muda sekarang meluahkan perasaan negatif didalam blog sehingga menimbulkan perasaan kurang senang oleh pihak lain. Itu sudah menjadi kebiasaan. Tindak laku positif yang harus dilahirkan oleh pihak luar adalah dengan mengelak dari melihat & mengelak dari memberi respon yang kurang baik. Harus berfikir dengan tenang bahawa setiap perkara negatif yang dilahirkan oleh seseorang adalah menandakan bahawa mereka tidak berpendidikan tinggi. Baiklah, kita berpatah balik pada kebaikan yang boleh diperolehi dari blog. Jeng jeng jeng *sambil perah otak*




Diari

Ingat lagi masa zaman persekolahan, buku nota kecil yang sentiasa menjadi dakapan sebelum tidur. Tujuannya? Apa lagi kalau bukan buku nota kecil tu yang menjadi mangsa untuk aku meluahkan segala perasaan yang dipendam. Kini tidak lagi, blog sudah memadai. Bersama buku nota kecil, bila masa kau rasa tersilap tulis kau kena padam, dengan blog siap boleh buat draft autosaved lagi. Fuh fuhh. Dulu, muka surat depan sekali dalam buku nota kecil wajib paparkan "SIAPA BACA ANAK HARAM". Haaa sekarang dah besar makin sporting. Semua aku bagi public baca. *SIAPA PRIVATEKAN BLOG TAK COOL sebab tujuan buat blog untuk public bukan untuk private* Hewhew.



Tatapan untuk generasi akan datang selepas meninggal dunia

Blog juga sesuai untuk tatapan bakal anak-anak & cucu-cucu ye sebab one day bila kita dah tak ada dekat dunia ni, generasi muda boleh tahu siapa ex-boyfriend kita, siapa bff kita, kat mana terletaknya kolej kita, semua impian kita, pengalaman & sebagainya. Bagi bakal cucu-cucu yang tak dapat jumpa aku, mungkin satu hari nanti mereka akan fikir bahawa nenek mereka ni sangatlah comel *masuk bakul angkat sendiri* atau mungkin mereka fikir bahawa nenek mereka begitu gemar dengan photography. Seriously, akan ada generasi muda yang tak henti-henti baca blog kita sampai habis. Lagi-lagi kalau kita keluarkan something yang berfaedah, contohnya yang berkenaan dengan pembelajaran, mungkin mereka akan jadikan sebagai rujukan. Ehem tak rugi kan?



Menabung

Siapa yang tak tahu menabung dengan blog? Pergi toilet masukkan muka dalam sinki okay. Ehem dah ramai tubuhkan nuffnang semata-mata mahu menabung. Sambil blogwalking sambil kita sumbangkan duit untk blogger lain. Eh dapat pahala? :) Apa lagi klik nuffnang saya untuk dapat pahala. Hee hee *senyum nampak besi*



Melihat pendapat yang berbeza

Mungkin salah satu perkara yang paling menarik mengenai blog adalah suara-suara yang pelbagai dari bahagian-bahagian yang berlainan di dunia. Ya, satu dunia boleh berblogging. Tak salah mengeluarkan pendapat, namun harus berwaspada dengan setiap langkah.



Meningkatkan keuntungan perniagaan

Bagi pemuda-pemudi yang sedang menjalankan perniagaan adalah disarankan untuk menubukan satu blog bagi melebarkan sayap perniagaan. Haa kan senang customer nak tahu informasi terbaru tentang perniagaan. Lagi satu, dah ramai kan buat blog masakan? Anda patut tahu yang anda bukan sahaja kongsi pengalaman memasak didalam blog malah membuat pihak luar berminat untuk membuat tempahan. Tunggu apa lagi!





Take note: Menteri pernah pesan jangan sesekali menyiarkan berita yang tidak betul/ketidakpuashatian terhadap politik di tempat awam seperti blog. Majulah rakyat untuk negara! Jangan lupa masukkan blogspot dalam senarai bff *buntangkan mata* 0.0

2 comments:

Thank you for reading