Tuesday, November 1, 2011

Pink, Polka Dot & Reben


Assalamualaikum


Hai. Memandangkan kebanyakan barang-barang peribadi saya berwarna purple dan pink maka saya berminat untuk membuka tirai tentang ketagihan saya terhadap warna pink. Tak tahulah, sebelum ni saya bukan peminat warna pink. Tapi bila nampak benda yang comel2, kebetulan warna pink, saya beli jelah. Tapi sejak akhir-akhir ni, ketagihan saya terhadap kaler pink semakin menebal. Haha. Semalam saya & flying man pusing satu shopping complex semata-mata cari casing blackberry saya berwarna pink. Akhirnya jumpa juga ye. Setelah beli casing, keychain & *bling bling*(tak tahu nak panggil apa sebenarnya, tapi dekat flying man saya panggil bling bling. haha) pula jadi tarikan saya.







Baby oil & Magic Face Powder



Pencil box



Handbag yang dibeli oleh flying man




Jangan marah ye peminat tegar pink pada saya. Kali ni saya lebih berminat untuk mengumpul barang2 berwarna pink & purple. Oh ye, kebetulan bilik tidur saya berwarna pink & purple. hehe. Mungkin kedengaran agak gedik pada si tomboy atau jejaka atau anti gedik dan sebagainya. Ikut pandangan masing-masing lah ye. Kalau suke, kita share sama-sama. Kalau ada yang tak suka, never mind, cari geng lain.



Selain minat pada warna pink, saya juga tertarik dengan corak polka dot dan reben. Ohh please Farah, makin gedik kau ye. Well, dah nama pun pemakai selendang, kalau tak letak pin reben atas kepala, bukan Farah Hanis namanya. Sampai dekat temat kerja pun, kakak2 panggil saya "budak reben". Haha. Lepas ni banyaklah koleksi barang2 saya bercorakkan polka dot, reben & berwarna pink. hehe.




Ternyata mempunyai ramai adik beradik lelaki tidak mempengaruhi saya untuk menjadi gadis tomboy, malah lebih feminin dan GEDIK. Okay...





Mungkin lepas ni laptop & kalkulator saya menjadi mangsa perhiasan berwarna pink! :D

2 comments:

Thank you for reading