Friday, March 30, 2012

Generasi Saya



Tiba-tiba perlu terasa pulak dengan video ni. Tiba-tiba teringat zaman persekolahan. Macam-macam kenangan yang masih fresh dalam ingatan. Terutama sekali part buat satu buku biodata khas untuk kawan-kawan tulis personal detail dorang dalam buku biodata tersebut. Budak-budak sekarang nak berkenalan hanya perlu tekan button "add friend" dalam facebook. Kalau diikutkan kenangan aku dulu, sampai je kat kelas-terus duduk-tetiba terjumpa satu lipatan kertas bawah meja kelas. Bila bukak, ohh okay ada lelaki nak berkenalan. Rupanya lelaki tersebut pun nak biodata aku jugak. Aku pun bagi je biodata, tapi lamarannya tidak diterima. Sebab tulisan dia buruk tambahan pula bahasa malaysia dia langsung aku tak faham. Dulu kebiasaannya lelaki je nak berkenalan. Bukan macam perempuan sekarang.


Lagi satu part yang paling aku suka. Habis je waktu persekolahan, semua berebut beli keropok lekor dekat kereta yang kebiasaannya makcik & anak-anaknya yang jual. Tak puas dengan keropok lekor, beli aiskrim calong sampai baju canggih kotor + kepam. Sambil tunggu mak jemput, main cop tiang dulu dengan kawan-kawan.


Tapi masa tinggal dekat Serdang pun best juga. Balik je dari sekolah terus tekan loceng rumah kawan. Call dia set masa nak swimming masa petang. Mandi manda dengan kawan-kawan sampai senja. Heaven gila masa tu, dengan swimming suit yang menampakkan pusat & peha. Ehem kalau sekarang pakai macam tu kat luar, mahu disembelih. HAHAHA.

Berbeza dengan budak-budak zaman sekarang, mereka lebih gemar melakukan aktiviti indoor. Berbeza seperti dulu, main teng teng, batu seremban, main basikal naik turun bukit or anything which related to aktiviti berkumpulan. Budak-budak sekarang balik dari sekolah je terus menghadap laptop-buka facebook/twitter-kutuk kawan2 sana sini. Kita ni, ada facebook pun lepas habis SPM. Ada boyfriend masa sekolah pun tak kecoh dekat laman sosial. Pasal tu budak-budak sekarang ni perlu berhati-hati dibuat calon. Sikap sebenar mudah diketahui di laman sosial. Apa yang dah tersirat dihati terus luahkan dekat blog, facebook & twitter. Ish, TAKUT!

Siapa setuju generasi 1990 paling THE BEST? Yeahhh apa-apa sahaja yang baru mesti bermula dengan generasi yang lahir pada tahun 1990. Contoh? Yes, contohnya matematik & sains dalam bahasa inggeris. Kebanyakan yang lahir pada tahun 1990 cantik & tampan2 belaka. Ahaks! Kalau dibandingkan muka generasi 80an & 1990 dengan budak-budak sekarang, muka kami nampak lebih muda! YES! Kebanyakan budak-budak sekolah sekarang nampak lebih matang. Kalau kita tengok dekat twiiter & facebook, tahun 1990 paling popular. hehe. BANGGA!

16 comments:

  1. sy setuju..!!!
    90lines mmg terbaikkkkk!! ehehhe
    plg suke statement ini
    ' Kebanyakan yang lahir pada tahun 1990 cantik & tampan2 belaka'

    ReplyDelete
  2. setuju sambil hentak-hentak meja

    ReplyDelete
  3. ehh! a'ah lah, tp awk punya lg panjang byk isi. huu

    ReplyDelete
  4. nak setuju jgak boleh, tapi akak tahun 1991, boleh juga lah kan =).|
    sokong dgn statement adik hanis, budak2 skrg tak aktif macam kita layan indoor jew kan.

    ReplyDelete
  5. suka tengok video ni.memang betul-betul teringat zaman sekolah yang heaven sesangat dulu.sentiasa semangat nak pergi sekolah. tak macam budak sekarang,asik mintak ponteng je.mereka lebih suka duduk rumah,mengadap muka buku lelama.
    issh3,,

    ouh ye,,saya juga generasi 90-an!! suke..hehe ^^,

    ReplyDelete
  6. haha....wow! sape nk ngorat hanis kene ade tulisan lawo!haha

    ReplyDelete
  7. Rindu gila zaman sekolah dulu dulu. Shag orang dari tahun '89 :D

    ReplyDelete
  8. bebudak 80an pon ohsem jugak..
    ekeke..

    ReplyDelete
  9. rindunya zaman sekolah dulu2.. xpelu nk fikir masalh memanjang.. blajar je keje.. hehe

    ReplyDelete
  10. 1990.???
    lau 1997 trsnarai gax tak.?hee..
    tp srius.!like this entry sooo much..
    rndu nx maen tiang,tkar2 biodata gn kwn..rnduuunyerrrr!!!^^<

    ReplyDelete
  11. haha mane aci. 1991 terbaek woookkkk !
    ehem mase skola dulu biase budak budak cirit dalam seluar.
    kesian cikgu kene cebuk diorang haha

    ReplyDelete

Thank you for reading