Sunday, August 26, 2012

Raya ke 21 tahun nok!

Hai! Assalamualaikum! Alhamdulillah bertemu lagi kita di bulan yang mulia ini. Moga segala amalan di bulan Ramadhan diterima olehNya. InsyaAllah. So kawan-kawan, macam mana dengan sambutan Syawal kali ni? Lagi meriah? Untungla kan kan. Ini raya pertama aku kena bagi duit raya kat saudara-mara yang masih belajar. Umur 22 tahun dah kena bagi duit raya nok dan yang sebenarnya tahun ni umur aku 22 tahun TAPI belum masuk lagi 22 so memang betulla raya tahun ni adalah raya ke 21 bagi aku. Kalau tak cukup jugak duit raya yang aku bagi tu, doakan aku naik gaji okay! Walaupun aku dah kerja, still dapat duit raya dari saudara-mara sebab dorang masih ingat aku sekolah lagi. Ya Allah bersyukur sangat walaupun aku tinggi tapi muka macam budak-budak. Miahahaha!

Buat kali pertamanya aku sambut puasa kat KL. Perkara paling menyedihkan aku bila dah sampai bazar & tengok makanan dah habis. Akhirnya makan maggi aje di rumah. Sedih dong! Mungkin family kat rumah ingat aku makan mewah kat KL, padahal aku makan teringat dorang makan mewah kat rumah. Sobs sobbbs.. 

Ohh ye, ucapan terima kasih pada Tan Sri Azman Hashim kerana menganjurkan ceramah pada setiap hari di bulan Ramadhan. Banyak manfaat yang aku dapat dari ustaz & ustazah yang berlainan. Pelbagai cerita juga yang aku boleh berkongsi dengan orang lain. Contohnya cara untuk bersihkan hati, elak dari sifat kedekut, elak diri dari sifat aniaya kanak-kanak, jangan makan harta anak yatim, cara untuk megambil hati suami & yang paling penting, jauhi dari sifat khianati suami. InsyaAllah, aku minta dijauhkan dari sifat-sifat tersebut walaupun pernah terrrr-ada sifat sebegitu. 




Biar nampak gemuk dalam gambar asalkan...tettttt


Kawan-kawan poli ado..





Kawan-kawan sekolah pun ado..
Disebabkan tahun ni tahun akhir ekin sambut raya secara bujang, maka kami balun karaoke sampai 1 pagi. Kelas kau jah!


Terima kasih garnier. Kerana garnier aku dapat beraya bersama kulit halus & licin :P




p/s: Aku masih ingat lagi kata-kata dari seorang ustazah -"Ketenangan adalah benda yang paling mahal untuk dibeli". Ok, tu saja untuk blog yang dah lama aku tak update. Wassalam.

2 comments:

  1. hai awak,,saye pakai garnier jugak. *tetibee HAHA
    salam lebaran. suke la ayat ustazah tu 'ketenangan adalah benda yang paling mahal untuk dibeli'.

    ReplyDelete

Thank you for reading