Tuesday, January 22, 2013

FCM: PADI HOUSE

Assalamualaikum

Bertemu lagi kita dalam rancangan Farah Cari Makan! Haha poyo gila statement. Okay, destinasi makan kali ni adalah Padi House. Dah lama aku dengan flying man plan nak ke sana, cuma tunggu masa free je. Jadi, weekend lepas dapatlah kitorang menunaikan hasrat masing-masing ke sana. Jom tengok apa yang kami order :)




Roasted Almond Cappuccino 
RM7.90


Cream Dory Fish
RM15.90


Cheese Baked Tomato Rice with Chicken
RM12.90


Cantik tak tudung yang saya pakai ni? Flying man belikan kat Vietnam. Pandai kan bakal ibu mertuaku pilihkan(Ceh..dah pandai sebut ibu mertua..hehe). Bagi awek-awek free hair diluar sana, baik korang pakai tudung. Nanti mesti mak mertua korang excited nak belikan tudung. hahaha.


Lastly, dessert.. Banana boat(3 Scoop)
RM9.90

Apa yang best, perut aku rasa selesa lepas jamah semua makanan. Tak tau kenapa, mungkin makanan yang aku order tak berat sangat kot. Bagi flying man plak, dia rasa biasa-biasa je. Takpe, lepas ni kita tengok pulak tempat dia pilih ek ek..

Selesai makan, kami gerak ke One Utama. Saja nak jalan-jalan. Nak tengok movie takde cerita best. Tiba2 flying man ajak main softball. Aku pun apa lagi.. Arghhh dah lama tak main! Last main masa kat poly and Softball adalah salah satu favorite sport aku. So, jangan sia-siakan peluang yang ada. hehe


Dan... Makanan terakhir untuk tatapan korang adalah... SUSHI!


Sambil menaip rasa lapar pulak tengok makanan-makanan di atas. *Kesian pada diri sendiri* Bye!

Facebook: Padi House
Address: 29, Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-9054 4024

6 comments:

Thank you for reading