Monday, January 7, 2013

FCM: THE STREET CAFE


Assalamualaikum

Untuk sedia maklum, pada tahun baru, aku dengan flying man sambut tahun baru di Sunway Pyramid dengan menikmati makanan tengahari di The Street Cafe (The Best Korean Street Food In Town) Gituuuu... Mulanya aku bagitahu dia yang aku mengidam nak makan makanan Korea. Tak tahu pulak yang dia memang dah plan nak bawa aku ke The Street Cafe selepas menonton Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM). Oh ya, tahu kenapa aku letak tajuk FCM? Untuk pengetahuan korang semua FCM bermaksud Farah Cari Makan. Maksunya lepas ni aku akan update lagi tempat-tempat makan yang best dalam blog ni. Lantaklah korang nak cakap apa. Haha!



Masa kitorang sampai kena beratur sebab tempat cepat penuh. Agak sempit ruang kedai ni dekat Sunway Pyramid. Tapi kira pantas jugak dorang buat kerja. Takdela tunggu order lama sangat. Kira semuanya okay!


Lunch Box Korean BBQ Chicken (SET)
RM12.90

Rasa manis & cepat kenyang. Aku memang takkan pilih makanan yang pedasla, mahu nangis aku nanti. Nama je orang nogori tapi tak makan pedas. Murtad nogori mungkin. Haish.


Raboki (SET)
RM21.90

Ini makanan yang flying man order. Dia kata rasa lain (Aku pun tak sure lain yang macam mana) Aku rasa pedas tapi dia kata tak pedas. Aku rasa aku yang pelik. Hmm.


Kimbab (Korean Roll)
RM9.90

Bagi korang yang order Raboki tak payah dah nak order Kimbab sebab memang dah satu set. Mulanya flying man memang dah pilih Raboki & aku rasa macam nak try Kimbab. Nasib baik waitress kat situ tegur tak payah order Kimbab. Kalau tak, memang nahas kitorang kena habiskan dua Kimbab. Fuh makan yang lain pun dah kenyang. Last2, kimbab kitorang bungkus je.


Muka happy dapat makan. Gahaha!


Jadi, aku dah sediakan map untuk korang yang teringin nak cuba The Street Cafe. Apa tunggu lagi hoi!


The Street Cafe (Subang Outlet)
No. 28 Jalan SS 15/8 Subang Jaya 47500 Selangor Darul Ehsan.
03 5632 9822

The Street Cafe, Sunway Pyramid
Lot 197 Asian Avenue, Sunway Pyramid Shopping Mall
03 5632 9822

5 comments:

  1. This specific movement has hit a whole new stage as a result of associated with on-line blog-post products
    and services you could tackle the street. Since the majority of consumers take more time on the web,
    blogs and forums similar to assist them to kick their own research in to
    super speed
    My blog post :: dna Sequencing

    ReplyDelete
  2. Good write-up, I think don’t brain merely employ this
    article within the guide record.
    My blog Public Records

    ReplyDelete
  3. Might I actually ask if you are by Qld? You truly
    sound like a Melbourne :4)
    Here is my website - http://www.phplinksubmit.com

    ReplyDelete
  4. I do confidence all the aspects you’ve introduced on
    your publish. They may be extremely persuading and will undoubtedly do the job.
    However, a content are very simple for newbies. May possibly a person remember to stretch all of them somewhat
    coming from up coming time? Wanted posting.
    Look at my page - Online Vehicle Insurance

    ReplyDelete

Thank you for reading