Thursday, January 3, 2013

ROCK THE WORLD 2012





Assalamualaikum

Hai Semua. Bulan lepas aku dapat 4 tiket percuma dari Era.fm melalui peraduan bla bla bla (tak tahu & malas nak fikir) Jadi 4 tiket itu telah diagihkan kepada aku (of course la), flying man, abang Helmi & rakannya. Macam biasalah ada perasaan teruja atau tak sabar nak tengok band favorite aku seperti Love Me Butch, OAG, Couple dan lain-lain buat persembahan. Cuma ada perasaan hampa bila tak sempat tengok Oh Chentaku & Diandra Arjunaidi perform. Sad!



Boleh dikatakan ini kali pertama aku ikut flying man tengok hardcore bands perform diikuti abang-abang/kakak-kakak/kanak-kanak riang buat persembahan(moshing) di tengah-tengah penonton yang masing-masing asyik melihat perfomance. *Kelas bahasa kau farah* Agaknya apa reaksi flying man tengok aku ber-moshing & apa pula reaksi lelaki-lelaki sejati di luar sana. Masih laku kah aku? Hahaha. Jangan, jangan cepat melatah. Mungkin ini salah satu cara mereka menghayati hardcore music & aku masih keliru dengan cara penghayatan mereka.





Kami sampai Padang Merbok lebih kurang dalam jam 3 petang & balik selepas selesai performance dari Love Me Butch. Lepas tu dinner & tidur... ZzzZzzz.. 

2 comments:

Thank you for reading