Monday, February 25, 2013

BERITA GEMBIRA


Nampak gambar atas dengan jelas? 

"Alhamdulillah.. Aku dapat tawaran sambung belajar(PLK) di UiTM Shah Alam"




Assalamualaikum.



Terima kasih atas doa yang tak putus-putus dari ayah & mak, flying man  yang selalu support untuk sambung belajar, kawan-kawan ketika susah dan senang & ucapan tahniah dari anda semua.

Pikir 2 3 kali jugakla nak buat full time study atau part time. Aku pernah jugak mohon full time tapi dah alang-alang aku kerja di Ambank masa tu aku buat keputusan nak mohon part time jugak. Balik rumah tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah bila fikirkan keputusan muktamad yang nak dibuat tentang sambung belajar ni. Ada pro & cons pada full time & part time. Berbelah bagi & dilema tahu?

Aku selalu jugak berdoa.. Aku sudah usaha apa yang mampu dan aku serahkan pada Allah untuk tunjuk aku jalan yang terbaik. Namun ikut instinct aku sendiri, aku dapat rasakan pilihan aku nak sambung belajar secara PLK adalah pilihan yang terbaik. Dan akhirnya... bila aku dapat tawaran belajar secara PLK di UiTM, hati aku rasa lega... "Sometimes God doesn't give what you ask for because He wants to give you something more." Aku percaya keputusan aku ni akan beri kesan yang baik untuk jangka masa yang panjang :) 

Ada beberapa sebab kenapa aku pilih Pendidikan Luar Kampus(PLK). Antaranya..

1) Elakkan pinjaman PTPTN. Dengan gaji yang aku dapat setiap bulan, aku harap aku mampu biayai yuran UiTM setiap sem. Nampak agak seksa kena jimat belanja setiap bulan. Tapi takpe, orang kata susah dahulu senang kemudian.

2) Kumpul duit untuk jangka masa yang panjang. Heheheh. Aku fikir umur dah habis belajar nanti lebih kurang je macam study full time. Dalam lingkungan usia 26-27 macam tu. Kalau aku buat full time, umur 26 baru boleh kumpul duit. Tapi kalau buat part time, cuba kau kumpul gaji dari umur 22 sampai 26, dah berapa yang kau dapat kumpul? termasuk bonus sekali? Renung-renungkan..

3) Kumpul pengalaman kerja. Selama aku pergi interview(lebih dari 4 kali jugakla) interviewer akan tengok kau punya certification dan pengalaman kerja. Tapi dorang tengok jugak pengalaman kerja kau kat mana. Alhamdulillah aku pernah kerja kat bank, jadi dorang tahu pengalaman-pengalaman kerja bank ni macam mana. Aku fikir bila aku dah ada sijil degree akaun nanti & pengalaman kerja yang banyak baru aku oleh demand gaji. Gituuuu.

Tahniah buat rakan-rakan seperjuangan saya semasa di Poli PD.. Fatin, Panjang & Shukri sebab kita dapat sambung belajar sama-sama di UiTM. Yeaayyy!! Kami telah pun selesai daftar di UiTM pada 16 Februari lepas. Untuk pengetahuan korang, mereka jugalah kawan lepak hari jumaat malam kalau cukup kami semua ada di KL. Hoho


Dari kiri: Khairy(kawan poli & sudah lepas sem 1 di UiTM), Fatin, Panjang, aku & Shukri
"Ini namanya geng gila suka lepak kat Genting pagi-pagi buta" -gambar tahun lepas

4 comments:

  1. UiTM di hatiku jugak hehe.Tahniah akak :)

    ReplyDelete
  2. tahniah2...luar kampus ya..good idea..lagipun yuran uitm murah je..xperlu risau..skrg fendy pon dan sem 8 sem terakhir..kimia

    ReplyDelete
  3. You said that perfectly.

    Feel free to surf to my web page :: MCM 通販

    ReplyDelete

Thank you for reading