Monday, March 11, 2013

FCM: TAKOYAKI & SUSHI KING


Assalamualaikum.

Hello readers. Farah rasa bahagia bahagia bahagia sangat sangat hari sabtu (2/3/2013) yang lepas farah dipenuhi dengan makanan jepun. Tahu tak farah ni penggemar makanan Jepun? Tapi suka orang Korea. Hihi. Asia TERBAIKKK.. 


Takoyaki @The Mines
Ada 4 jenis inti: sotong, ayam, sosej dan udang & crabstick
Korang perasan tak atas tokayaki tu ada serpihan yang bergerak-gerak? Haaa untuk pengetahuan korang, serpihan tu namanya "fish flake".  Jangan kata sotong bergerak pulak :P


Step 4 kita makan! Yayyy!


Muka tunggu makanan. Tak sabar nak makan. Hahahh

NEXT... Kita makan sushi king pulak. Sebenarnya teringin nak makan meatball Ikea masa tu. Tapi ada khabar angin yang mengatakan daging meatball Ikea tu daging kuda. Jadi meatball Ikea ditutup untuk sementara waktu. Sudah alang-alang berjalan di Ikea, nampak sushi king di Ikano pulak. Nasib baik ada sushi king. Kalau tak, memang masa tu nak marah-marah taknak makan. Hahahh.




p/s: I love food. I love to eat. Bila saya makan, tu tandanya saya happy & saya suka cara life saya. So saya tak kisah orang kata kuat makan makin gemuk. Nak kata saya gemuk pun saya tak kisah. Asalkan berat saya normal. Biar tinggi sepadan dengan berat. Dalam gambar memang saya nampak gemuk. Tapi jumpa depan-depan, mesti kau kata "wehh farah kau tak payah dietla!!!" Jomla jumpa depan-depan, saya belanja makan. Wek! Tarik balik kata-kata tuh. Bye! :)
     

No comments:

Post a Comment

Thank you for reading