Thursday, March 21, 2013

VICTORA JACKSON




Assalamualaikum.

Post kali ni farah nak cerita pasal pengalaman farah dalam servis makeup bersama Victoria Jackson. Eh? Bukan Victoria Jackson yang makeup-kan kita tapi manager yang farah jumpa dekat booth VJ Ampang Point tempoh hari. Mula-mula memang niat nak pergi makan jela. Lepas tu nampakla Guardian ada buat sale. Dalam perjalanan nak pergi Guardian tu, terrrrrnampak barang-barang kosmetik VJ. Ya Allah gila kau kalau tak singgah. Dapat free service makeup tao! Haha. Mula-mula Kak Miza(manager) terangkan macam mana nak join jadi VIP member, kena beli apa kalau nak jadi member, benefit apa yang kita dapat kalau jadi VIP member & macam-macamlah! Memandangkan masa tu Kak Miza tak ada customer, maka saya dengan rendah diri bersedia untuk di-makeup-kan oleh Kak Miza sendiri. Hihi.

Kalau nak tahu, farah telah pun sah jadi VIP member Victoria Jackson. Macam-macam benefit yang farah dapat bila daftar sebagai VIP. Lagi-lagi kalau nombor siri kita bermula dari nombor 1. Itu bermakna, kita akan dapat servis makeup secara free pada bila-bila masa sahaja! Hehe. Seronok!

Kak Miza terangkan, kalau nak daftar sebagai VIP member kena beli salah satu barang promotion dari VJ. Jadi saya pun fikir-fikir dahulu barang mana yang lebih sesuai untuk saya. Akhirnya saya pilih shimmer blusher. Harga selepas diskaun ialah RM95.00. Kachinggg!! Duit sudah melayang. Haha.

Gambar-gambar di bawah adalah hasil makeup dari Kak Miza. Cekidout!



                                      Sebelum                                                                                    Selepas






2 comments:

  1. great post *_* you are very cute x: your blog looks very lovely and interesting. im glad if you visit my blog, too <3 keep in touch!

    xx
    beauthi.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Whoaa, simple and lembut jea make up dye :)

    ReplyDelete

Thank you for reading