Friday, May 10, 2013

FCM: SUSHI ZANMAI FAHRENHEIT 88


Assalamualaikum semua. 

Sila baca jika anda penggemar setia Sushi. Jeng jeng jeng. Kali ni farah nak bawa anda semua ke Sushi Zanmai buat kali pertamanya. hihihi. Apa yang buat farah nak sangat singgah makan di Sushi Zanmai sebab dessert-nya yang sangat-sangatlah menjulingkan mata. Tak percaya? Kejap.. Kejap.. Harap bawa bersabar. Saya sendiri teruja nak upload gambar bagi korang semua pengsan *konon!!* Hahaha.




Cream plate = RM 1.80
Pink Plate = RM 3.80
Red Plate = RM 6.80


Kaki Teppanyaki RM 11.80 (served with oyster)
Mulanya nampak gambar kat menu macam best je nak order.
Sekali dapat, laaaa gini je die hidangkan.
Oyster die bila dikunyah rasa lain. Tak tau nak cakap lain macam mana.
Bila dah kunyah nak telan cepat & minum air sampai puas. Haha.


Fiery Roll RM 12.80
Dalam ni isi oyster. Sedap jugak. Tak salah kalau nak cuba.




Sushi Unagi RM 6.80
Unagi bukanlah menu wajib bagi farah.
Kawan farah yang suka sangat makan unagi.
So bagi dia sedaplah, bagi farah biasa-biasa je macam sushi lain.


Yukimi Daifuku RM 8.00
Ini dessert yang farah cakap sedap giler tuh. Sekali ngap! *buat muka gedik sikit* nyum nyum nyum.
Sedap sangat. Menu yang sangat wajib korang order.
Lepas ni nak pergi lagi semata-mata nak makan dessert pulak. Hihi

1 comment:

Thank you for reading