Thursday, May 16, 2013

HAIR TREATMENT


Rambut adalah mahkota setiap wanita. Jadi penjagaan rambut sangat penting bagi setiap wanita sama ada yang bertudung mahupun tidak bertudung. Apa? Ingat perempuan bertudung tak boleh ada rambut yang cantik? Hello hello kadang-kadang ada rambut wanita yang bertudung lagi cantik dari wanita yang tak bertudung. Hehe. Ini kerana setiap perkara yang diwajibkan oleh Allah swt pasti ada hikmahnya. Namun, pasti ada tips disebalik penjagaan rambut yang cantik itu. Antara tips yang biasa farah guna adalah (kalau taknak ikut pun takpe, just nak share je) : 

1. Pilih syampu yang sesuai
2. Guna conditioner setiap kali lepas syampu rambut
3. Jaga pemakanan
4. Basuh rambut selang sehari
5. Tukar produk syampu setiap bulan
6. Jangan biasakan sikat rambut. Belai rambut guna jari
7. Jangan pakai tudung masa rambut tengah basah
8. Jangan biarkan rambut sentiasa terdedah bawah matahari. Barulah rambut itu sihat (hikmah bertudung)




Tiga syampu diatas adalah syampu yang tersenarai dalam syampu kegemaran farah sendiri. Farah memang suka syampu yang bau buah. Bau sedap bila tidur. Tutup mulut dengan rambut sendiri masa tidur salah satu part yang paling best. Haha. 


Masa kerja di Ambank, farah biasa pergi Aiyoyo Express Beauty Bar. Servis sana sangat murah. Bila ada promotion untuk servis rambut, cepat-cepat farah ambil peluang. 



Ngeh ngeh :P

Sekarang farah dah tetapkan appointment untuk rambut. Tiga bulan sekali farah harus pergi buat hair treatment. Maklumlah, kita pun nak rasa bakal suami suka tengok rambut kita jugak :P 

4 comments:

  1. so sweet.. suke part yg hikmah bertudung tu :)

    ReplyDelete
  2. tiga jenis shampoo tu saya dah cuba. paling saya suka herbal essences hello hydration. best..:)

    ReplyDelete
  3. oww..bukan kalau tukar produk syampu tiap bulan, rmbut makin rosak ke? hihi

    btw, nice info! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab syampu sampai satu masa akan immune pd diri kita. So sampai satu masa produk yg kita dh guna lama tu akan kurg bg prestasi pd diri kita. Haaa mcm tula :)

      Delete

Thank you for reading