Monday, September 30, 2013

SEPTEMBER 2013 FAVOURITES



1) Soap & Glory Shower Gel
-Ingat lagi tak Spa Party ?? Bagi siapa yang dah baca, korang taula kan Soap & Glory shower gel ni farah dapat free sebab menang lucky draw. Kalau korang nak tau, satu set cecah RM150. Agak mahal untuk shower gel & body butter. Tapi bagi farah sendiri, ianya sangat berbaloi, sebab? Firstly, bau sabun ni memang sedap & fresh. Much better than body shop kot. Bau dia memang sangat sangat sangat sedap. Korang amek kuantiti yang sikit pun boleh keluar banyak buih. Currently, farah memang guna sabun ni setiap hari. Lebih kurang 2 bulan farah dah guna, masih belum habis lagi. Wow.

2) Topshop Lipstick: Infrared
- Sebenarnya farah masih belajar pakai lipstick yang berlainan colour & brand. Topshop Infrared Lipstick, brand yang bagus bagi farah selain Revlon & Mac. Memang teringin nak kumpul semua topshop lipstick sebab packaging yang sangat comel! Haha. Bestnya pasal lipstick ni bila farah dah sapu pada bibir, tak payah lagi pakai lip balm untuk taknak nampak bibir kering. Salah satu sebab kenapa farah terpikat dengan topshop infrared lipstick, sebab kaler orennya yang agak comel. wink wink.

source: google

3) Krim Muka Thailand
-Farah tak tau apa nama brand krim muka yang farah guna ni, tapi asalnya dari Thailand. Memang farah guna setiap kali pergi kerja sebab buatkan muka farah tak berminyak. Bila orang tanya produk krim apa yang farah guna, farah pun tak tau nak jawab macam mana, Senang cerita, produk murah je. Haha. Sebabnya farah memang malas makeup masa kerja. Simple sudah. Krim ni macam temulawak sikit, so guna kuantiti yang sikit jela nak sapu kat muka tu supaya bila dah sapu bedak, tak nampak putih melepak. Natural sahaja.

4) Johnsons Baby Gel Lotion
-Johnsons baby gel lotion agak berlainan dengan lotion yang lain. Dah nama pun gel lotion kan. Sekali disapu pada kaki/tangan, rasa sejuk.. best.. hehe.

5) Thermal Spring Water Spray
-Biasanya lepas mandi mesti farah akan sembur Thermal Spring Water pada bahagian muka & leher. Sembur & air cepat kering. Lepas tu akan rasa fresh. Even lepas makeup pun boleh sembur. Jangan risau, takkan hilang kesan makeup.

10 comments:

  1. alahai...cantik la topshop tu nya lipstick.. nak sgt try.. nnti nak beli la.. <3

    ReplyDelete
  2. kaler lipstik tu sangat menarik hati! berapa rm lipstik tu ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, tak ingatla dear. Masa ni dapat 20% off discount.

      Delete
  3. huwaaa semua best2..geram tengok barang2 comel tu >_<

    ReplyDelete
  4. Krim muka thailand tu arche ke farah? kite guna arche tu untuk kecutkan jerawat. dot dot je kat jerawat hehe

    ReplyDelete
  5. Johnsons Baby Gel Lotion kite punyer feveret.heheh.sejukkk giler pakai tu

    ReplyDelete

Thank you for reading