Monday, September 16, 2013

VANITY TROVE X AVENE PINK CARPET BEAUTY WORKSHOP



  

Farah telah dijemput ke event (kolaborasi antara Vanity Trove & Avene) *Credit to Wiida & Winnie*. Wink wink!!

Masa event tersebut, kami diberi penjelasan tentang fungsi-fungsi, cara guna & kebaikan dari produk Avene.   Salah satu sample yang farah dapat ialah Thermal Spring Water Spray yang mana farah dah lama mengidam nak ada water spray sendiri cuma belum ada kesempatan nak beli. Akhirnya dapat free! Haha. Lagi satu, farah tak pernah tahu tentang produk Avene. Alhamdulillah, rezeki dapat pergi & dapat berkenalan dengan produk Avene serta kawan-kawan baru.



                                                          Antara sample dari produk Avene







Oh ya, sebelum apa-apa, biar farah perkenalkan dahulu rakan-rakan farah semasa di event Avene tersebut. 


Innanie Arifin (Blogger)


Sabby Prue (Blogger)


Wiida Ribbon (Blogger)


Ayeen Kadir (Youtuber)


Winnie

PAMPERING SESSION

1)  Haruslah buang kesan makeup di muka dengan menggunakan makeup remover



2) Kemudian bersihkan muka dengan menggunakan cleanser(Lotion Nettoyantec)



3) Tampal mask biasa/kapas pada muka & sembur Thermal Spring Water Spray. Rehat 20 minit & tanggalkan.




Mask yang kami pakai ni mask biasa. Kami lekatkan di muka & sembur water spray tersebut. Ingat, jangan goncang botol water spray tersebut.


Seram tak adik-adik? Haha

4) Sapukan krim pada kulit muka(Light Hydrating Cream)



5) TADAAAA Siap!

Honestly, ini workshop yang paling best pernah farah pergi. Kami enjoy dengan aktiviti & result kami. Sangat-sangat puas hati. Servis dari staff pun sangat memuaskan hati. Semua peramah & penerangan tentang produk Avene sangat senang untuk difahami. 


Takkan lupa makan banyak kalau pergi event. Hihi



Lastly, buah tangan yang saya dapat dari Avene Workshop. Semua jenis produk saya dah guna. So far, saya paling suka guna avene cleanser. Jarang tumbuh jerawat di muka. Bila saya dah habis gunakan sample, saya terfikir nak beli full set sebab sangat puas hati dengan produk avene. Thank you so much!

1 comment:

Thank you for reading