Wednesday, October 23, 2013

FCM: RESTORAN BARIANI POWER @ BATU PAHAT

Beberapa bulan yang lepas farah & keluarga menghantar adik lelaki bongsu ke UTHM Batu Pahat demi menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Kejuruteraan Mekanikal. Lepas habis teman adik daftar kolej, farah pun diajak oleh keluarga 'ehem' (macam mana nak cakap eh? Haha. Faham-faham jek la) untuk merasai Nasi Bariani Gam Batu Pahat buat kali pertama. Orang kata, sambil menyelam sambil minum air, ye dok? Hehe. Dengar-dengar, nasi beriani gam memang popular kat sana, ya? Kalau sebut Batu Pahat, antara salah satu makan utamanya adalah nasi bariani.

Dengan luahan hati yang penuh keikhlasan ni, sejujurnya farah bukan penggemar air sirap bandung johor. Sirap + susu + aiskrim soda? Dari kecil memang tak pernah minum sirap bandung campur aiskrim soda. First time farah rasa di KLCC. Masa tu memang farah asyik ulang cakap tak sedap. Farah pun memang tak tau macam tu gayanya sirap bandung johor. Kalau order nasi bariani gam, sudah tentulah pasangannya sirap bandung johor. Tapi masa ni farah boleh minum. Sedap jugak. Mungkin orang yang buat air kat KLCC tu tak reti buat sirap bandung johor. Mungkinlah kan.


Nasi bariani gam ayam. So so yummy. Kenyang sangat. Dapat habiskan satu pinggan. Haha.


Price list:
Nasi bariani gam kambing/daging/ayam: RM10.00
Nasi bariani ayam/kambing/daging/ayam merah/ayam goreng rempah: RM9.00
Lauk kambing/daging/ayam bariani/ayam merah/ayam goreng rempah: RM6.00
Nasi bariani only: RM3.50


Eh eh makan cendol pulak kita, sebagai penutup tirai sebelum gerak ke KL. Ini dikira berjalan sambil beraya la. First time beraya kat Batu Pahat.




Meet my Bob. Kucing takde perasaan kena dukung. Masa ni ganggu die tido & paksa amek gambar, tu yang masham sikit muka dia. Till then, babai :)

Address: No 18, Jalan Tukas 2, Taman Soga, 83000 Batu Pahat.
Contact no: 07-4388987
GPS coordinate: N 01 50.205'E 102 56.041'

6 comments:

  1. Makan nasi bariani pernah tapi kalau nasi bariani gam tu yang tak pernah lagi. Dulu ke Johor tak sempat merasa. Huhu.

    ReplyDelete
  2. Teringin makan nasi beriani plak bila baca post ni...

    ReplyDelete
  3. Teringin makan nasi beriani plak bila baca post ni...

    ReplyDelete
  4. semua nmpak sedap...trliur dah ni..... hehee

    ReplyDelete
  5. sye johorean :D
    Klau ade wedding kt johor msti ade nsi beriani. wjib & compem ade. tpi sye msti pilih nsi putih hehe

    ReplyDelete
  6. geramnya tengok kucing ni... gebu

    ReplyDelete

Thank you for reading