Monday, October 7, 2013

MONTHLY HAUL: SEPTEMBER 2013


Assalamualaikum semua. Firstly, farah nak minta maaf kalau entry kali ini agak 'show off'' sikit. Hehehe. Entry ni agak berlainan dari entry yang lain. Farah memang dah lama terfikir nak buat cuma belum ada kesempatan masa. Ada kelas, kerja lagi, haaa so apa salahnya kalau luangkan masa dengan shopping sebagai reward kan? Dan tak salah rasanya kalau nak kongsikan dengan apa yang farah dah beli pada semua pembaca yang disayangi. Cewah. Pada masa yang sama, kalau u olls ada terrr-minat dengan koleksi farah, korang boleh buat bajet for the next trip. Haaa nampak tak farah nak hasut korang shopping. 

Untuk bulan September, farah memang dah plan nak beli swimsuit. Untuk pengetahuan korang semua, farah tak reti main bola jaring(ok malu) tapi sangat hebat dalam sukan renang. Haha! Memang dari kecik suka berenang, bila dah besar ni jarang bersenam nasib ada kawan ajak berenang. Bila fikir balik, why not aktif berenang balik. Jadi, dengan bersemangat farah beli muslimah swimsuit yang baru. Yes, berjaya!

(gambar swimsuit tak masukkan sebab gambar tak berapa cantik T_T)

Muslimah swimsuit: RM159
Goggle: RM20++
Swim cap: RM6.90




PADINI
Ladies Long Pants: RM69.00


SEED
Blouse: RM89.00

Next! Seluar dari Padini & baju dari Seed. For this part, farah nak habaq sikit. Lain kali tak boleh teman orang masuk kedai baju, kan dah terbeli baju & seluar. Hish. Tak ada langsung dalam list tiba-tiba boleh termasuk fitting room. Haha!


RM10.00

Ini pula sambil cuci mata di The Curve, farah terjumpa dekat satu booth & murah pulak tu. Satu RM10, so farah beli dua. Satu comel, lagi satu klasik. Nanti tak jadi masalah nak sesuaikan dengan mana-mana baju. Thats why beli dua. Bijak bijak.

Komen anda amat dialu-alukan ^^

1 comment:

Thank you for reading