Tuesday, November 19, 2013

EVENT: SUPERMOKH THE MUSICAL


Hai korang! Ahad lepas farah pergi istana budaya tonton teater Supermokh The Musical & untuk pengetahuan korang, ini kali pertama farah masuk istana budaya & tonton teater. Tiket teater ini farah dapat free dari makcik farah sebab arwah Mokhtar Dahari ni pakcik kepada suami makcik farah & sebab utama makcik farah bagi tiket untuk jaga adik-adik saudara farah ke teater tersebut. Mak-mak pada adik-adik saudara dah tengok sekali dengan Sultan Selangor & for the next trip pulak budak-budak yang tengok. So kenalah kita jadi babysitter malam tu. hehe. Mana boleh lepaskan peluang tengok teater & percayalah, sekali dah tengok teater mesti nak tengok lagi. Haha.

✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻
Info
Supermokh The Musical ini telah diarahkan oleh Hans Isaac & Harith Iskandar. Teater ini telah diilhamkan oleh Sultan Sharafuddin(Sultan Selangor) yang merupakan peminat Mokhtar Dahari dan seorang yang sangat mengagumi arwah. Teater muzikal ini telah berlangsung dari 6-18 November 2013.

✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻✻

Sepanjang menonton teater Supermokh ni, ada rasa kelakar & sedih tapi 100% memang best. Tak bosan pun. Sebelum farah nak cerita banyak, izinkan saya senaraikan barisan pelakon utama & watak yang dibawa :)

Awie sebagai Mokhtar Dahari
Maya Karin sebagai Tengku Zarina(isteri Mokhtar Dahari)
Rashidi Ishak sebagai Reduan Abdullah
Dina Nazir sebagai Nurin(kawan karib Tengku Zarina)


Sedih
Part yang sedih di mana kisah kejatuhan arwah Mokhtar Dahari dalam bidang bola sepak & kisah alam perkahwinan dengan Tengku Zarina(saya kena panggil umi ina). Pasal alam perkahwinan, part yang sedih tu bila Tengku Zarina kena marah, hampir putus tunang sebelum kahwin & terpaksa dengar caci maki terhadap arwah suaminya. Then, kisah persaraan Mokhtar Dahari juga menyayat hati. Lagi-lagi babak akhir sekali yang mana Mokhtar Dahari menyatakan niatnya ingin bersara & serahkan jersinya pada Sultan Selangor. Akhir sekali, pemberitahuan Maya Karin tentang penyakit Mokhtar Dahari. 

Kelakar
Kalau nak cerita part yang kelakar ni memang banyak sangat, lagi-lagi bila babak Douglas Lim di pejabat. Hahahaha. Dengan aksi 'busy' dia buat-buat kerja(ala-ala main piano) hahaha kelakar gila part tu. Oh ya, Douglas Lim bawa watak sebagai rakan sepejabat Awie. Apa lagi ye? Oh haaa ada part budak-budak main bola depan rumah & Awie ada marah budak tu pasal kerenah dorang masa gaduh. Hahahaha. Haish banyak sangatlah, rugi tak tengok!

Terpegun
Part yang farah rasa cool & best gila bila ada LED Dance. Siapa punya idea ni? Kreatif sangat! Part tu yang farah rasa ramai sangat yang terpegun & tepuk tangan.

Lagu-lagu yang dibawa sepanjang teater memang best. Kalau dah ada kat 4shared, nak je download. 







Inilah dia cucu-cucu saudara Mokhtar Dahari


Meet my cousin, Aleeya Yasmin



'sebelum bersurai'

Kiri: Gambar dengan Maya karin. Finally dapat jumpa & tengok mata dia(entah kenapa saya suka sangat tengok Maya) Mata dia cantik semacam. Hehe. Maya ni kuat senyum & friendly. Suka suka!
Kanan: Dari haritu tergelak tengok gambar ni sebab Awie je yang pandang kamera. Haha. 

2 comments:

  1. salam.huhu awak nti supermokh 2 dtg la tgk kami lagi ye,,mekacehh

    ReplyDelete
  2. salam.huhu awak nti supermokh 2 dtg la tgk kami lagi ye,,mekacehh ^_^

    ReplyDelete

Thank you for reading