Sunday, November 17, 2013

OCTOBER 2013 FAVOURITES

  
1. Maybelline Eye Studio Master Brow Pencil
Farah bukan pengumpul eyebrow sebab bagi farah, maybelline eyebrow paling the best. Senang lukis di kening & sangat sesuai dengan kening farah. Kening farah agak jarang, so bila makeup mesti guna eyebrow. Farah jarang beli eyebrow. Agak-agak dah nak habis baru beli. Colour coklat yang paling sesuai dengan kening farah. Kalau hitam nampak garang pulak. hehe.


2. Rosehip Peeling Gel & Rosehip Hydra-White Cleansing Powder
Apa yang farah boleh jelaskan, dua jenis produk dari O'slee ni bantu farah menghilangkan kesan parut jerawat & jeragat hitam. Korang rasa dengan biarkan jerawat & cara pemakanan yang tak betul boleh hilangkan jerawat ke? Of course la dengan keadaan sekeliling yang kotor akan buat jerawat korang susah nak hilang & tinggalkan parut. Selama ni farah cuma basuh muka & harap jerawat akan hilang dengan cepat. Tapi tu tak berkesan. Agak lama nak tunggu parut jerawat hilang. Tapi sejak sapu o'slee selama dua kali seminggu, Alhamdulilah parut jerawat cepat hilang & berkesan juga untuk jeragat. 

Rosehip Peeling Gel:
-Melarutkan bintik hitam dalam masa 1 minit
-Pembersihan mendalam & minipiskan liang roma

Rosehip Hydra-White Cleansing Powder
-Baik untuk kulit yang sihat & ekstra penghidratan
-Pemutihan segera & menghalusi liang roma

Farah guna saiz kecil. Hanya boleh didapati di Guardian.
3. Vanseline
Farah tau, kat luar sana(tak kisah lelaki/perempuan) mesti akan sapu vanseline pada bibir yang kering. Even lepas pakai lipstick pun, farah akan sapu vanseline jugak sebab nak elak bibir kering & menampakkan lipstick tu jadi kering. Antara petua yang farah selalu amalkan dengan vanseline ni, sebelum mandi akan campurkan vanseline dengan gula & sapu pada bibir. Lepas tu bibir akan jadi lembap. Vanseline ni bukan  je boleh sapu pada bibir, malah pada anggota badan lain yang kering seperti siku, lutut, jari & sebagainya. Setiap kali sebelum pergi kerja, wajiblah sapu vanseline pada bibir(sebab bibir farah selalu kering & tak pakai lipstick pergi kerja). Maklumlah, kerja dalam office yang sejuk, jadi minum air banyak mana pun, bibir tetap akan kering jugak.

4. VS Mango Temptation Body Mist
Ini salah satu body mist yang farah akan selalu simpan dalam bag. Tak kisah pergi kerja, event, konsert atau ke mana-mana sahaja, mesti bawa mango temptation body mist. Pertama kali bau dah memikat hati. Sebelum farah beli perfume/body mist, farah akan suruh kawan tolong bau sekali. So kalau dia kata ok, farah pun ok, maka wajiblah farah beli. hehe. Pertama kali beli mango temptation pun terus beli dua(untuk adik sekali) & adik farah pun suka jugak. So far, farah ada tiga body mist dari VS. Kadang-kadang simpan body mist lain dalam bag. Senang cerita, dalam bag wajib ada body mist sebab farah suka kalau bau farah sentiasa wangi.

Campuran madu mangga & bunga raya

5. Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Milk
Ini adalah salah satu moisturiser yang farah akan guna sebelum sapu foundation. Sebelum makeup, tak sah kalau tak guna moisturiser & foundation. Sebab yang pasti, kalau tak sapu moisturiser sebelum foundation, warna foundation akan jadi tak sekata pada kulit & foundation akan nampak kasar. Lepas je sapu moisturiser, farah akan biarkan selama berberapa saat & baru boleh sapu foundation. 


Advantages:
-Melembapkan kulit
-Menawarkan penghidratan yang berkhasiat
-Meninggalkan kulit dengan kelembapan & cahaya yang sihat semula jadi
-Bebas dari alkohol, pewangi & perwarna

6. Necklace(The Curve)
Rantai murah yang dibeli di The Curve dengan harga RM10 tapi nampak sweet bila dipakai. huhu. Farah akan gayakan rantai ni mengikut kesesuaian baju. Bagi korang yang berminat kumpul aksesori rantai, boleh beli di booth The Curve.


Baiklah murid-murid, that's all for today *class dismiss*

4 comments:

  1. pretty necklace babe! look good on you..

    ReplyDelete
  2. Maybelline Masterbrow tu best kan? Saya pun pakai Masterbrow. Warna pula sangat sesuai dengan warna kening. Hehe. Mango Temptation salah satu fav body mist dari VS. Baunya memang sangat sedap. Saya punya packaging lama versi VS Secret Garden. Cantik la necklace tu. Saya memang mencari necklace yang cantik tapi murah. Di sini susah nak dapat. Huhu. :)

    ReplyDelete
  3. Haa, kita pun suka sangat dengan Rosehip Hydra-White Cleansing Powder tu, memang best and berkesan bersihkan muka ^_^ lagi best sebab takde rasa tightness lepas cuci and betul2 nampak beza sebelum and selepas cuci muka <3

    ReplyDelete
  4. Necklace tu lawa mmg sweet kena dgn farah.

    ReplyDelete

Thank you for reading