Saturday, December 28, 2013

EVENT: THE SHOUT! AWARDS 2013

Memandangkan saya semakin 'busy' dengan kerja harian & final exam izinkan saya meng-update blog tentang event yang sudah lama berlalu. Maafkan saya atas sikap 'malas' meng-update blog dengan isu-isu semasa. hehehe. 

Shout Award telah berlangsung pada 9 November 2013. Dah ramai pun yang tahu keputusan rasmi senarai pemenang bagi tahun 2013 ni. Sebanyak 17 kategori yang dipertandingkan pada malam anugerah Shout Awards 2013.



Outfit:
Top: H&M
Jeans: Padini

Saya ni bukanlah terlampau fanatik dengan sesetengah konsert/artis Malaysia. Tiket shout awards ni pun dapat free. Tapi kalau sesetengah event tu ada band yang saya suka (contoh: Oh Chentaku) yang tu saya mesti pergi. Saya lebih gemar layan muzik indie(maybe,Lol)



Mereka ni kawan saya dari zaman diploma sampailah degree sekarang ni. (From Left: Nurul, Farah & Fatin)
Fatin ni ala-ala bidan terjun. Pada mulanya saya ajak kawan lain untuk teman tapi dia cancel last minute so memandangkan Fatin memang teringin nak pergi dalam keadaan tak bersedia terpaksa jugak dia ikut. Hehe.


Last but not least, Iedil Putra. Dia ni baru lagi kot dalam industri filem Malaysia so tak ramai yang kenal lagi. Ada rupa, personaliti pun boleh tahan, dah popular nanti tengoklah ramai perempuan terkejar-kejar. But he's still mine. Haha! Saya selalu usha filem pendek dia kat youtube, instagram, twitter... Oh I'm in love.

Sebelum menutup tirai, saya senaraikan keputusan rasmi pemenang Shout Awards 2013:

1) Anugerah Popstar - Hafiz
2) Anugerah Flava - Mizz Nina
3) Anugerah Coolest Radio Announcer - Fara Fauzana
4) Kegemaran Radio Show Anugerah - Johara Pagi Era
5) Anugerah Program TV Kegemaran - Versus 2
6) Anugerah Kimia skrin-Best ke - Jozan
7) Break Anugerah - Jay Walia
8) Anugerah Video Muzik - KRU feat Stacy
9) Anugerah Hot Guy - Aaron Aziz
10) Anak ayam Hot Anugerah - Fazura
11) Anugerah Personaliti TV Kegemaran - Zizan
12) Anugerah Breakthrough Ciri-ciri Tempatan - Filem Kil
13) Anugerah Rockstar - Bunkface
14) TV Segar Siri Anugerah - Sebenarnya Saya Isteri Dia
15) dengan wayar Anugerah Selebriti - Khairy Jamaludin
16) Shout! Aloud Award - MatLuthfi90
17) Anugerah Vokal Kuasa - Hafiz
18) Anugerah Shout Terbaik - Joe Flizzow

2 comments:

Thank you for reading