Thursday, January 23, 2014

[EAT & DRINK] SEOUL GARDEN, IOI MALL

Hello everyone! Pernah makan di Seoul Garden? Suka? Bagi Farah, kalau nak compare makanan Korea & Jepun, Farah lagi suka makanan Jepun. Sebab makanan Korea ni ada rasa tawar sikit. Pernah makan kimbap? Haaa cuba compare dengan sushi. Sushi lagi sedap! Ape pun, ikut tekak masing-masingla nak makan makanan macam mana pun, janji puas. Ini bukan kali pertama saya ke Seoul Garden, saja nak bagi share dengan korang yang belum try lagi or ada yang kempunan nak makan sana lagi.

Info Seoul Garden:
Zingrill Holdings adalah sebuah organisasi perkhidmatan makanan yang memiliki dan menguruskan jenama restoran terkenal seperti Seoul Garden dan BREEKS Cafe. Syarikat itu bermula pada tahun 1983 dengan Seoul Garden, yang ketika itu adalah restoran Korea 'fine-dining', menyediakan makanan Korea yang sahih. 
Seoul Garden menghidangkan tempat makan kasual untuk golongan dewasa, muda, golongan yang bekerja dan keluarga untuk merasa makanan Korea. Ianya terkenal dengan hidangan makanan daging dan sayur panas dan lazat, pelbagai pembuka selera dan hidangan sampingan sempurna yang melengkapkan setiap hidangan.

(Sumber: Hazmanfadzil.com)

Di luar Seoul Garden sudah terletak harga untuk set lunch & dinner. Sebelum masuk, korang kena tunggu & staff sana akan layan korang. Makan dahulu, bayar kemudian. Ambillah banyak mana makanan pun yang korang nak. Tu yang best! 

Saya faham perasaan mereka yang selalu rasa lapar bila tengok Running Man atau rancangan tv dari Korea, mesti teragak nak makan di Seoul Garden. Samelah kite!! 




Antara jenis ayam yang boleh dipilih dari Seoul Garden ialah:
Bbq chicken, Teriyaki, Black Pepper, Tomyam, Bulgogi, Kari dan sebangainya...








Haaaa kisah sebelum gerak ke IOI Mall untuk makan Seoul Garden, saya buat check up sempena event 'AVON Kiss Goodbye to Breast Cancer'. Sebelum masuk ke 'bilik sulit' untuk buat pemerikasaan payudara kena check BMI, tekanan darah & gula. Hah! Memang saja nak bagi korang nampak 161cm tuh! Hahaha. Pernah ada orang komen tinggi saya 143cm la, 150++ la.. Amboi, mentang-mentang pipi saya tembam so dalam gambar pun nampak rendah. Mentang-mentang tak pernah jumpa, kenal pun dalam laman sosial je, so senangla hentam saya rendah. Mentang-mentang saya tak suka pakai kasut tinggi, dalam gambar pun senang je nampak rendah. Mentang-mentang saya selalu ambil gambar dengan orang yang realitinya rendah yang suka pakai kasut tinggi, jadi saya selalu nampak lagi rendah dari mereka. Haha. Jadi, bila rakan maya saya dah jumpa saya, mereka terkejut saya lebih tinggi dari dalam gambar. Kaaaannn.. *bukan selalu nak show off dalam blog* hehehe :P yang penting BMI kita normal. Tapi BMI saya hampir-hampir tak normal sebab kurus sangat. Sobsss

Okay dah lari tajuk. 
Rasa macam nak makan lagi bila tengok gambar-gambar makanan. Ahhh nak pergi lagi! 
Untuk korang yang nak tahu maklumat Seoul Garden/outlet boleh layari http://www.seoulgarden.com.my/

No comments:

Post a Comment

Thank you for reading