Wednesday, March 12, 2014

[EAT & DRINK] JOE'S KITCHEN

Jom ke Joe's Kitchen di SS15, Subang Jaya. Partner saya yang bagi cadangan makan disini. Tak susah pun cari kedai makan ni, tapi kalau korang tak jumpa & ada jumpa Joe's Barber Shop, haaa Joe's Kitchen ni belakang Joe's Barber Shop. Masa tu saya & partner cari tak jumpa and kami masuk kedai Joe's Barber Shop, rupanya ada pintu lagi satu ke Joe's Kitchen.










Menu: Creamy Han & Mushroom
Price: RM18
Taste: ♥♥♥♥

Ini saya yang order. Sedap! Rasa macam nak makan lama-lama, taknak habiskan. Saya memang penggemar pasta. Tengok kedai juga, kalau saya rasa menu tu menarik, saya order. Tapi menu ni, memang tak menyesal. Sedap sangat! Korang kena rasa sendiri.




Menu: Pepperoni
Price: RM19
Taste: ♥♥♥

Ini pula partner saya yang order. Dia memang penggemar pepperoni pizza. Bagi saya, pizza ni biasa-biasa je. Saya memang suka pizza yang nipis macam dominos, tapi yang ini terlalu nipis & kurang rasa cheese.






Suasana kat sini pun boleh tahan best. Sempoi, sejuk, enjoy. Lepas order menu, boleh tahan cepat menu dihidangkan. Rasa macam nak pergi lagi. Nak try menu lain pulak :) Jom!

Contact no: 03-56137000
Address: No.18-G SS15/8B 47500 Subang Jaya, Selangor.

3 comments:

Thank you for reading