Monday, March 10, 2014

MY SKINCARE ROUTINE

Saya ni anak sulung perempuan. Selalu kena control dengan mak, nak pakai ini tak boleh, pakai itu tak boleh. Pilihan yang ada masa sekolah cuma fair & lovely je. Pernah teringin nak guna olay, tapi dihalang. Mak saya takut muka saya nanti tumbuh jerawat. Haha. Alhamdulillah, sampai umur 24 ni tak pernah ada masalah kulit. Bila dah kerja, ada duit sendiri baru boleh buat pilihan nak guna macam-macam jenis skincare product.


1) Avene Cleanance Soapless Gel Cleanser
Ini pencuci muka harian saya. Saya guna setiap kali basuh muka. Sebelum ni cuma guna pencuci muka garnier. Tapi bila setiap kali datang bulan, jerawat mesti tumbuh & jerawat hilang pun ambil masa yang lama. Sejak pergi event Avene yang lepas, staff avene ada bagi sample cleanser ni. So saya cuma guna sample & perasan jugak yang jerawat jarang tumbuh. Selalu jugak perasan kalau datang bulan pun jarang tumbuh jerawat. Ini serius ok. Lepas yang sample dah habis guna, beli full set cleanser. Mahal jugak, harga RM68(beli di watsons). Satu botol boleh tahan lebih dari 2 bulan. Sekarang dah guna 2 botol. Maknanya saya dah guna lebih dari 5 bulan.



2) ROC Soft Smoothing Scrub
Saya tak selalu setia dengan satu scrub. Bila dah habis guna, beli brand lain pulak. So far, ini je scrub yang saya guna. Saya tak cadangkan anda beli scrub ni, it's up to you nak guna brand apa sebab saya sendiri tak tahu produk scrub mana yang sesuai dengan kulit saya. Asalkan tak datang masalah pada kulit, saya guna je. Tapi sekurang-kurangnya guna lah scrub supaya dapat menanggalkan sel-sel kulit mati & menjadikan kulit muka sentiasa bersih & sihat.



3) Garnier Light Oil Control
Biasanya waktu kerja memang agak malas nak makeup. Saya cuma suka cara simple je pergi kerja. So memang tak sapu foundation/bb cream setiap kali kerja. Cuma sapu garnier cream sahaja, lepas tu pakai je apa-apa compact powder yang ada. Haha. Asalkan kulit tak nampak berminyak. Kenapa saya pilih cream ni? Sebab ia mengandungi penapis UVA/UVB & tahan selama 8 jam.



4) L'oreal Hydrafresh Anti Shine Moisturizer
Moisturizer sangat penting untuk mengekalkan kullit yang lembap. Farah selalu guna waktu malam sebelum tidur. Sepatutnya kalau ikut peraturan kena guna waktu pagi & malam. Tapi orang kerja ni mana ada masa sangat nak sapu moisturizer lepas tu sapu krim muka lagi before pergi kerja. Haha. Moisturizer ni sesuai dengan kulit berminyak macam saya. Mungkin ada yang kulit yang alah dengan mositurizer, so kalau macam tu better elakkan. Krim moisturizer ni juga sejuk & soft, senang sapu di permukaan kulit.


5) O'slee Rosehip Peeling Gel & Hydra-White Cleansing Powder
Dua item ni favourite saya. Guna 2 kali seminggu. Kesannya menghilangkan jeragat hitam & mencerahkan kulit saya. Paling best, jerawat pun cepat hilang dengan sapuan peeling gel di bahagian jerawat sahaja.


6) Garnier Skin Naturals Light Milky Lightening Dew Toner
Nampak macam saya banyak guna produk garnier kan. Ya, apa yang bagusnya, garnier diperkaya dengan pati/sari lemon untuk membantu menanggalkan sel kulit mati serta mencerahkan kulit. Biasanya saya guna toner pada waktu pagi, malam & sebelum makeup.

4 comments:

  1. ...MAAF tak sempat nak terjah semua entry..rindu nak blogwalking..
    jom singgah blog syira ..doakan untuk MH370 :)
    # Puisi- MH370 Pulanglah ! #

    ReplyDelete
  2. 1, 2 dan 5 tu menarik! Saya tengah cari scrub yang sesuai. Selalu tukar-tukar dan akhirnya satu pun tiada yang sesuai dan tak habis pakai pun. :D

    ReplyDelete
  3. o'slee tu menarik! try mcm2 produk utk hilangkn parut tp xbrkesan..

    ReplyDelete
  4. ada suggestion utk eye cream tak dear ?
    maaf komen tak kaitan tajuk
    tengah survey

    ReplyDelete

Thank you for reading