Wednesday, April 9, 2014

SKYTREX ADVENTURE -CLIMB UP SCREAM OUT-


I bukan jenis perempuan yang berani tahap dewa dengan segala benda & berani sahut cabaran lagi-lagi nak menghadap tempat-tempat tinggi macam di Skytrex, Shah Alam. Sebenarnya I seorang yang gayat, sangat-sangat takut dengan tempat tinggi. Sedangkan naik escalator dari aras tinggi pun dah rasa gayat. Tempat ni kawan I yang suggest suruh pergi. Lastly, my partner & his friends ada plan nak pergi Skytrex, so memang I kena ikutlah. I suka buat aktiviti macam ni even benda tu menakutkan sebab kita kena mengharungi benda yang menakutkan kita barulah kita dah biasa dengan benda tu, tak gitu? InsyaAllah, lepas ni setiap bulan akan buat macam-macam aktiviti. Hehe.

I akan cerita pengalaman sepanjang main Skytrex secara ringkas kat sini. But, kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh layari http://www.skytrex-adventure.com. Di skytrex ada menyediakan 4 cabaran yang berlainan, antaranya, Skytrex Initiation, Little Adventure, Big Thrill & Extreme Challenge. So, I ambil pakej Extreme Challenge dengan harga RM55(per person). Kiranya, pakej yang I ambil ni pakej yang paling tinggi & mencabar. Alatan yang disediakan pula ialah safety harness(bayaran termasuk dalam RM55) dan glove(RM3). Bayaran untuk locker pula ialah RM6(RM 5 untuk deposit). Untuk pengetahuan korang, setiap platform mempunyai cabaran yang berlainan.







Antara cabaran yang I lalui, berjalan atas tali, flying fox, berjalan atas pipe, monkey bar dan sebagainya(nak tahu lebih kena cuba). Bagi I, paling mencabar waktu jalan atas pipe & monkey bar. Paling best mestilah flying fox, kita takkan rasa penat. Haha. I mengaku I ada rasa nak give up sebab tak tahan penat & rasa nak pitam. Nasihat I, ambillah sarapan sebelum mulakan permainan. Adela jugak I muntah-muntah, lepas muntah terus lega. Banyak angin badan tolak, terus muntah. I jugak orang pertama yang habiskan cabaran ni dalam team I. Sebelum I, ada 2 negro yang mendahului, tapi sebab dorang tersangkut dekat pipe, so I dapat potong. Hehe. Siapa kurus tu, extra benefit untuk korang. Orang kurus senang imbangkan badan.





A big thanks to my partner sebab rajin bawa hp sekali sambil main game. Agak susah nak bawak hp sebab takut jatuh. Kalau korang bawa DSLR, sila abaikan. Susah nak kawal nanti. Haha. Banyak jugak gambar yang dapat diambil. Masa ni baru boleh appreciate hp kecil. Haha.

Rates:
Little Adventure: RM35
Big Thrill: RM45
Extreme Challenge: RM55

Please note that all charges are inclusive of:
Bus transfer from TPM Main Entrance - Skytrex Adventure Park - TPM Main Entrance
Rental of personal protective equipment (PPE) - harness
Safety briefing
Training session at the Initiation / Jump Start circuit
Actual circuit challenge

Waktu operasi bas suttle adalah daripada jam 8.30am - 4.30pm(Selasa-Ahad)

Parking Rate: RM3 per entry

Attention: Please make your reservation at http://www.skytrex-adventure.com

No comments:

Post a Comment

Thank you for reading