Thursday, April 17, 2014

[TRAVEL] SINGAPORE 2014 - PART 1

Hello hello helloooo!! Panjang punya hello aku bagi. Ni gara-gara excited baru balik dari Singapore. Pengalaman sepanjang di Singapore selama 3 hari memang penat tapi BEST! Trip kali ni antara gadis-gadis sahaja iaitu aku, Azie, Mal & Nadia. Memang syok rasanya pergi travel tanpa lelaki *eh gurau* Entri kali ni aku buat budget bagi korang yang nak travel ke Singapore. Maklumlah, bukan student je yang kena buat budget, orang berkerjaya macam I ni pun kena buat budget. Budget untuk belanja orang ini, orang itu *cewah* Aku tukar duit dari RM650 ke $246. Sedih, curency dollar Singapore dah naik!


Sebelum bersiap, kita kena ambil kira dulu barang-barang paling penting untuk dibawa. Memandangkan I ni terlampau ambil berat dengan cuaca panas, maka sunblock masa cuaca panas & sejuk harus dibawa semasa travel. Oh ya, Avene Spray Water juga diperlukan kalau tiba-tiba muka nampak sembap lepas bangun tidur dalam train. Hahaha. 

MY BUDGET STORY

Hari Pertama (Khamis, 10 April 2014)

Kami bertolak dari KL Central pada jam 11.00pm dengan menaiki keretapi. Tiba di JB Central pada jam 6.00am untuk pemeriksaan passport.

Tiket train: RM40(katil atas), RM46(katil bawah)



Hari Kedua (Jumaat, 11 April 2014)

Tiba di Woodland dalam jam 6.45am. Dari Woodland kami terus ke Clementi, West Coast untuk check in di rumah Mak Uda Azie. Kat situ dah boleh jimat kos penginapan. Sampai rumah terus mandi, bersiap & makan, lepas tu terus ke Bugis Street, Arab Street & Orchard Road untuk kami cuci mata & shopping! 

Lunch: $5
Shopping: $12.50
Tips: Kalau korang pergi travel dengan kawan-kawan, korang boleh kongsi duit untuk makan. Malah, shopping pun korang boleh share jugak. Contoh kalau ada barang dijual RM10 untuk 4 barang, korang boleh share RM5 untuk sorang. Kat situ dah boleh jimat duit.

Sebenarnya duit kami banyak habis untuk MRT & bus. Dalam sehari belanja lebih dari $15 untuk public transport. Kalau convert ke duit malaysia dah banyak tuh! Lagipun banyak berhenti kat stesen yang berjauhan. Sebelum pergi ada jugak aku buat research pasal beauty product kat Singapore & cuba compare dengan harga di Malaysia. Ok, ternyata majoriti harga di Singapore lagi mahal. Sayangnya, tibanya aku di Lush, Wisma Atria, produk yang aku target nak beli semua sold out! Sedih :( Langsung satu produk dari Lush aku tak beli. Ok, jimat duit sikit. Seharian pusing-pusing di Singapore, sebelum tengah malam kami kena balik rumah. Esoknya awal-awal pagi kena gerak awal ke USS. yeehoo yeehoo


Entah kenapa aku rasa ini part paling cool dalam bus Singapore. Bus kat sana lagi panjang berbanding Malaysia. Daebak!







Bugis Street





Masa ni tengah cari fridge magnet untuk my mom memandangkan my mom suka sangat kumpul fridge magnet



Singgah solat di Masjid Sultan Singapura. Hidup sebagai musafir. Ewahh



Arab Street





ION Orchard



Lush, Wisma Atria

Hari Ketiga (Sabtu, 12 April 2014)

Bangun pagi terus mandi & bersiap. Lagi sekali Mak Uda sediakan breakfast. Kitorang rasa terhutang budi dengan layanan family Azie, baik sangat orang-orang Singapore ni. Oh ya, lagi satu bukti orang Singapore ni baik-baik, masa kami tengah buntu cari jalan, orang Singapore rajin tanya & bagitahu hala tuju. hehe *lima bintang disitu ya* Kami gerak dari Clementi & berhenti di Vivo. Dari vivo perjalanan ke USS mengambil masa dalam setengah jam. Sempat jugak bergambar. Seharian habiskan game di USS, wait for the next entry ya! :) Lepas keluar dari USS, kami ke Marina Bay untuk bergambar & menikmati suasana malam di Singapore.

Tiket USS: $40 (Half price ticket)
Dinner: $4.80

Hari Keempat (Ahad, 13 April 2014)

Pagi ahad bangun lambat sikit sebab penat di USS & Marina Bay tak hilang lagi. Haha. Check out dari rumah Mak Uda dalam jam 10.30am. Kami plan nak shopping barang sikit kat Mustafa Centre. Kiranya tempat tu macam mydin & jalan masjid india. Memang ramai orang India kat sana. Dalam Mustafa Centre ada banyak coklat murah-murah. Habis lunch terus ke Serangoon untuk naik bus ke Larkin. Bus yang aku naik tu nombor 170. Ingat, tiket bus harus disimpan sebab bus tu akan berhenti di 2 perhentian. Tibanya di Larkin, terus beli tiket balik KL dengan harga tiket RM35.

Shopping: $19.10
Lunch: $3.50
Tiket bus ke Larkin: $2.10



Parkview Square


Aiskrim $1



Putu piring. Ini rare, sebab kat KL susah nak jumpa T_T


Mee Singapore
Kitorang banyak tong-tong duit untuk makanan. Jimat jimat. Hahaha


Nasi Beriani


Nasi Lemak Singapore mesti kena ada ayam goreng. WOW


The last place, Mustafa Centre

Nampak entri ni macam simple kan, tungguuuuu.. The next entry aku nak cerita sebab apa aku boleh dapat half price untuk tiket USS. Kalau tak dapat half price, takde makna aku nak pergi Singapore tau. Hahaha.
Thanks for reading!

3 comments:

  1. Baru nk tanya mcm mana blh dpt half price masuk uss tu..haha

    ReplyDelete
  2. Tak sabar nak tunggu entri seterusnya! Kali ni nak ke Singapore tanpa tour guide. :P

    ReplyDelete

Thank you for reading