Monday, April 28, 2014

[TRAVEL] UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE - PART 2

Ini adalah sambungan entri lepas. Trip ke Singapore ni sebenarnya dirancang oleh Azi. Dapat tiket murah USS pun sebab cousin die kerja kat sana. hehehe. Simple gila jawapan aku. Hahaha. Okay, sekarang nak citer segala benda yang aku hadap sepanjang main di USS. 

Sampai di USS kira-kira dalam jam 10 lebih. Game start pun pukul 10. Masuk je USS, masyaAllah nak bergambar je, lepas tu kena tahan nafsu dengan view yang cantik-cantik sebab kena habiskan game dulu. Mula-mula sekali masuk Light, Camera, Action hosted by Steven Spielberg. Make sure kalau korang masuk sana, diri depan sekali ok. Baru dapat rasa, woww gempak gila. Tiba-tiba korang terperanjat nanti. Haha. 

Tak dapatlah nak cerita semua game kat sini. Kalau korang dah buat review & tanya kat siapa-siapa yang dah pergi, mesti korang tau game apa yang best kat sana kan. 




Dari kiri: Mal, Farah, Nadia, Azi & Sofi (Cousin Azi yang bagi tiket USS)

Cuma boleh list-down top 3 tempat yang best di USS. Make sure bila dah masuk korang amek map ok. Senang nak refer tempat yang best & hala tuju.


1. Transformers The Ride: The Ultimate 3D Battle

Aku letak transformer no 1. Rasa cool gila kena tarik dengan optimus prime & nampak real depan mata. Masa ada part jatuh bangunan tu aku langsung tak tutup mata. Best lah rasa betul-betul jatuh. Hahaha.


Sebelum main transformer


2. Revenge of The Mummy

Hahhh yang ni beratur panjang giler. Tapi tak puas main. Mula-mula okay je macam roller coaster kan, lepas tu nampak plak gambar ulat jalan-jalan dekat skrin, lepastu tetibe kena reverse ke belakang. Jerit tak ingat dunia. Seram giler. Hahaha.


3. Shrek 4-D Adventure

Yang ni best! Korang dapat rasa action betul-betul dari seat. Tempat ni macam cinema, korang kena duduk kat seat masing-masing, lepas tu dapatlah korang rasa naik kuda, water spray & tiba-tiba rasa macam ada ulat lalu kat kaki. Masa tu la korang menjerit nanti.






Treasure Hunt


Tempat ni tutup. Memang nak sangat main tapi tak ada rezeki T_T




























Sekian sahaja cerita di Universal Studio, Singapore. Balik dari Singapore kaki jadi sakit. 24 jam berjalan kaki, naik MRT yang susah nak dapat seat, naik bus & tidur dalam public transport. Thank you Azi, Mal & Nadia for the great memories.

2 comments:

  1. saya pergi last year pun roller coaster tu tutup. huhu

    ReplyDelete
  2. Love your blog so much! do you wanna follow each other? follow me and I will follow you right back!
    Have a lovely day!

    Bryony xxx
    http://glitteryberry.blogspot.com/

    ReplyDelete

Thank you for reading