Wednesday, May 7, 2014

ARCHERY AT SUNWAY PYRAMID


Tak pernah main & ini kali pertama menjejakkan kaki ke Stars Archery. Niat nak main tu dah lama simpan tapi ada je aktiviti lain yang nak dibuat. Nasib ada partner yang selalu rajin survey groupon & selalu cari masa nak try game baru dengan kita! auuww auuwww :D

Where? 
F1.25 & 26 (next to Pyramid Bowling Centre), Sunway Pyramid


Price?
RM 25 for 94 arrows (groupon)

Basically, price yang aku list-kan tu adalah harga promotion dari groupon. Kalau nak ikutkan harga sebenar memang mahal la. Memang tak rasa rugi pergi dengan harga murah. Sebab untuk yang pertama kali pergi macam aku, eloklah guna banyak arrow sebab boleh try banyak kali sampai dapat tembak target. Kan?

(Normal Price)


Pengalaman

Aku ni kidal tapi kalau bab bersukan memang selalu guna posisi tangan kanan. Jarang betul main macam orang kidal. Memandangkan ini kali pertama, trainer kat sana ada ajar cara untuk menembak.
1) Berdiri dengan posisi yang betul atas tempat yang disediakan
2) Pegang arrow ke arah target dan pastikan 2 sirip ke arah kanan & 1 sirip ke arah kiri
3) Tutup mata kiri & target dengan mata kanan
4) Akhir sekali, tembak!

Wahhh lenguh tangan kiri asyik kena straight & kedua-dua tangan memainkan peranan yang sangat kuat. Maksudnya, dua tangan kena kuat. 



Berangan jadi Katniss Everdeen but you can call me Keknis Everdeen. Wah wahh





Yayyy!! Dapat tembak target dalam 5 ke 6 tah. Hahaha. Best jugaklah rasa bila dah dapat tembak target sekali lepas tu nak lagi dan lagi. Actually takdelah target sangat pun tapi asalkan dapat warna kuning. Haha. Bolehlah uolls panggil I Keknis Everdeen ye *flip hijab*


Balik rumah terus sakit tangan. Hahaha. Dahlah kidal, yang sakitnya tangan kiri. Best best. Nak main lagi!

1 comment:

  1. Bestnyaaaa. Lain kali nak try main jugak lah :)

    ReplyDelete

Thank you for reading