Monday, May 19, 2014

HOW I SPENT MY LABOUR DAY

Weekend aku selalu dihiburkan dengan bermacam-macam aktiviti. Tapi sempena hari buruh yang lepas, my partner ajak pergi main board game. Ehem ehem, korang pernah tak main board game dekat cafe? Bagi yang suka sangat dengan board game korang boleh main board game kat Meeples (The largest importer & distributor of over 1700 titles of board & card games in Malaysia!) dengan kawan-kawan sambil ber-coffee! Ada beratus-ratus board game yang disediakan sampai korang pun akan rasa konfius & excited (tu pun kalau yang terlampau addict dengan game la. haha) Aku dah lama tak main & game yang aku tahu pun game yang senang je. So kalau nak rasa susah, dicabar, sakit hati kena sabotaj, bolehlah try Meeples. 

Where?
Meeples European Boardgame Cafe



Location?
Subang Jaya Branch
64-1, Jalan SS15/4D, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Kota Damansara Branch
17-2, Jalan PJU 5/10, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor

Payment?
Member - RM4(1 hour) per person
Non member - RM6(1 hour) per person

Nak tahu? Bermacam benefit yang boleh korang dapat kalau daftar jadi member Meeples ni. Antaranya:

- Baucer permainan percuma RM60
- Diskaun jam permainan. RM4( 1hour) per person.
- 10% diskaun untuk makanan & minuman
- 10%-20% diskaun untuk board game yang dibeli

Rasanya lepas ni memang akan rajinkan diri ke Meeples so memang tak rugi kalau aku daftar jadi member kan. Hehehe. Tak pernah lagi bawa kawan-kawan datang sini. Yes, korang yang tak pernah pergi tu akan dipaksa. Haha. Come on, takkan nak lepak kat Genting je. Jom try game baru.













Nutella Latte RM 11
Rasa dia manis. Bagi orang yang kuat manis macam aku ni, rasa dia sedaplah sebab rasa nutella kan.


Mocha RM 9
Mocha rasa mocha la. Tak tau dah nak describe macam mana lagi -___-


Dapat percuma cream puff dengan setiap pembelian air
Aku order cream puff banana chocolate. Sedap! Rasa coklat + pisang. My partner order cream puff oreo. Hmm boleh dikatakan semua sedap-sedap belaka. Size takdela besar sangat, roti pun lembut je. Tak puasa makan satu.


Lepas tu aku ke Grafa Cafe untuk dinner (suggestion oleh partner). Kalau korang nak tahu, sebelum keluar memang partner yang akan plan pergi makan mana, pergi main apa, bla bla bla. Walaupun certain tempat tak ada dalam list, but yeah sedaya upaya dia akan cari tempat baru & best. Kalau tak best pun takpe, at least kita try! Hehe.





Apa yang ada kat Grafa Cafe ni? Of coursela makanan kan. Nak kata special, boleh tahanla makanan-makanan dia. Antara pilihan yang ada: 

American (Traditional)       Asian Fusion         Barbeque                 Brunch                              
Burgers                             Chinese                  Hot Dogs                 Pizza                     
Sandwiches                       Seafood                 Vegetarian

Mula-mula sebelum nak order tu tanya waiter set ni banyak ke.. Dia kata banyak & sampai kena tapau. Ok, so kitorang pilih & aku order air yang simple jela sebab fikir nanti cepat kenyang. Tiba-tiba tengok takdela banyak mana pun *walaupun last2 tapau sausage* tapi tetap tak dikira banyak sebab bayar dalam RM60 untuk set macam ni, still tak dikira berbaloi. Rasa pun biasa-biasa je. Ada nampak pavlova tapi tak order sebab dah biasa makan kat rumah. Haha. Tak semestinya menu lain tak sedap kan, lepas ni mungkin boleh try menu lain plak & kalau ada yang lagi sedap, of course akan di-post dalam blog!


Supreme Grill
-chicken, turkey ham, BBQ chicken wings, BBQ beef ribs, minced beef, pepperoni, lamb shoulder, jumbo sausages, salami dan chicken bologna topped with creamy mashed potatoes-

RM60



Honey Dew: RM5
Lemon Tea: RM4.50


Selesai dinner, diajak pula main foosball di Asia Cafe, SS15. Bukan nak cakap besarla, tapi saya yang banyak menang kan? HAHAHA :P


Website: http://www.asiacafe.com.my/

Boleh emel ke farahhaniss@gmail.com kalau korang ada sebarang pertanyaan tentang tempat-tempat yang best untuk lepak *sebab dah ada orang tanya nak contact kat mana kalau nak tanya pasal benda-benda macam ni* Salam!

2 comments:

  1. bestnya Farah dengan partner rajin merantau cari new place to dine and have fun. tak pernah tau pun pasal board game cafe tu, nnt dah duduk KL permanently boleh la mieza nak try gi situ jugak dgn partner, hehe!

    ReplyDelete
  2. Sure Mieza! Ajak jgk blogger yang lain, lagi ramai lagi best :)

    ReplyDelete

Thank you for reading