Friday, July 18, 2014

[EVENT] SUNSILK MENGINSPIRASI DAN MEMPERKASA WANITA YANG BERHIJAB SEJAK TAHUN 2000


"Sebagai peneraju dalam penjagaan rambut bagi wanita yang berhijab, Sunsilk memahami sama ada berhijab atau tidak, keadaan rambut wanita sering dikaitkan secara langsung dengan tahap keyakinannya. Sejak 15 tahun yang lalu, Sunsilk Lively Clean & Fresh sentiasa bersama dengan wanita yang berhijab ketika mereka mencipta perjalanan kehidupan, mereka cerita yang tersendiri, dan mengejar impian serta aspirasi mereka."- Sunsilk

Saya telah dijemput ke majlis berbuka puasa bersama Sunsilk. Majlis yang diadakan pada Selasa(08/07/2014) lepas adalah bertujuan untuk mengumumkan Heliza Helmi sebagai duta. Sebagai pengguna Sunsilk, sudah tentu saya takkan menolak pelawaan tersebut. Jika tidak, mungkin saya tidak berpeluang untuk mendengar aspirasi mereka yang penuh dengan keyakinan dan berkongsi pengalaman mereka yang tersendiri bersama Sunsilk. Malah, Sunsilk merupakan salah satu syampu yang mempromosikan wanita berhijab. Ini adalah satu keunikan dan kelebihan buat syampu tersebut. Bagi saya sendiri, masalah rambut lebih dirasakan oleh wanita yang berhijab daripada yang sebaliknya kerana masalah gatal-gatal/kelemumur/keguguran rambut mungkin boleh dihadapi pada setiap hari kerana rambut itu mungkin terperap lebih dari 8 jam sehari. 

Semasa di majlis tersebut, Heliza telah menerangkan perjalanan kerjayanya bersama Sunsilk. Selain itu, Hatta Dolmat, Yasmin Matthews dan Faatin Akib adalah diantara jemputan khas yang hadir memberi sokongan kepada Heliza dan Sunsilk. Majlis yang gilang gemilang ini diakhiri dengan jamuan buka puasa.


Sunsilk telah mengumumkan bahawa, Heliza Helmi ialah permulaan bagi kempen tersebut sebagai penyokong paling kuat Sunsilk, dan kini sebagai duta Sunsilk Lively Clean & Fresh. Heliza mewakili salah satu daripada wanita yang berhijab dengan sentuhan kehidupan oleh Sunsilk, jenama yang didedikasikan dalam menyediakan platform bagi wanita yang berhijab untuk mencapai kejayaan. Sebagai wanita yang berhijab yang sudah membesar melalui peluang dengan Sunsilk, Heliza berkongsi dengan penonton tentang cabaran dan halangan yang dihadapi oleh beliau, dan kisah yang tidak terceritakan tentang pencapaian beliau hari ini. 





Sejarah Sunsilk Lively Clean & Fresh

Sunsilk mencipta Lively Clean & Fresh bersama dengan Dr Francesca Fusco, pakar penjagaan kulit kepala dunia yang terkemuka, untuk menangani keperluan penjagaan rambut yang unik bagi wanita yang berhijab. Diperkayakan dengan Vitamin Citrus ComplexTM, variasi ini dicipta untuk menyingkirkan pembentukan sebum kulit kepala yang berlebihan, menyegarkan kulit kepala dengan cuma satu cucian sahaja. Hasilnya adalah kulit kepala yang tidak gatal dan berbau wangi, memberi wanita yang berhijab rasa yang menyegarkan sepanjang hari, meningkatkan keyakinan diri mereka.

Sempena kempen Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000 ini, wanita yang pernah menggunakan Sunsilk dijemput untuk berkongsi kisah mereka yang tidak terceritakan dan kenangan mereka menggunakan Sunsilk pada halaman Facebook jenama tersebut. Semua kisah bermakna akan dikumpulkan dalam satu garis masa yang memaparkan perjalanan Sunsilk Lively Clean & Fresh sejak 2000 sehingga ke hari ini. Pemenang hadiah utama akan diberi hadiah wang tunai RM20,000 untuk mencapai aspirasi. Pemenang juga akan diberi peluang untuk bersuara dan berkongsi kisah beliau yang menginspirasikan sebagai wanita yang berhijab dengan seluruh dunia .

Untuk menyertai pertandingan dan menjadi sebahagian daripada perjalanan Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000, anda(wanita) perlu:

1.       Membeli produk Sunsilk daripada rangkaian Lively Clean & Fresh sebanyak RM15

2.       Berkongsi kisah perjalanan hijab peribadi dengan Sunsilk pada aplikasi Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000 (didapati pada halaman Facebook Sunsilk Malaysia)

Sunsilk Menemanimu Sejak Tahun 2000 akan berlangsung dari penghujung July tahun ini. Sunsilk akan memberikan hadiah berjumlah RM50.000 kesemuanya bagi menghargai wanita –wanita ini yang telah menyokong Sunsilk selama ini.  Kekal bersama dengan http://www.facebook.com/SunsilkMalaysia untuk maklumat lanjut.



Bersama duta Sunsilk Lively Clean & Fresh, Heliza Helmi







Saya memakai tudung Ariani yang dihadiahkan oleh Sunsilk & memegang syampu Sunsilk Smooth & Manageable yang digunakan sejak beberapa bulan yang lalu.
Haaa ini bukti saya pengguna Sunsilk :)
---------------------------------------------------------------------------
Website: http://www.sunsilk.com/
Twitter: https://twitter.com/SUNSILKMSIA
---------------------------------------------------------------------------

2 comments:

  1. haii sweetieee. .i guess kite byk persamaan..hehehe..enjoy reading ur blog..hehehe..sama blaja akaun..suka purple..name same farah..suka coffee..umo same...hahaha..kebetulan ya.. =)

    ReplyDelete

Thank you for reading