Wednesday, July 2, 2014

MAKE UP - A GIRL'S BESTFRIEND!

Assalamualaikum.

Tidak dinafikan bahawa setiap wanita memerlukan bantuan solekan atau make up untuk tampil lebih menarik. Selain berfungsi untuk menutup sebarang cacat-cela di bahagian muka, solekan yang sempurna juga mampu mengubah rupa paras seseorang menjadi lebih menyerlah. Penggunaan teknik dan alatan make up yang betul memberikan kesan yang terbaik tanpa perlu mengenakan solekan yang tebal. Oleh yang demikian, untuk entri kali ini, jom kita lihat alatan atau keperluan make up yang basic bagi mendapatkan kesan solekan yang sempurna.

#1 Compact Powder

Keperluan make up yang terpenting adalah compact powder atau bedak muka. Pilih compact powder yang bersesuaian dengan kulit muka anda untuk tona semula jadi. Elakkan juga menggunakan compact powder daripada jenama yang tidak boleh dipercayai kerana ia boleh menyebabkan kulit muka anda berminyak. 

#2 Blusher

Selepas compact powder, semestinya anda memerlukan sapuan blusher di kedua-dua permukaan pipi anda. Gunakan teknik sapuan yang betul untuk menyerlahkan lagi tulang pipi anda.


#3 Eye shadow, Mascara & Eye Liner

Untuk bahagian mata pula, pastikan anda menggunakan pembayang mata atau eye shadow yang bersesuaian dengana cara yang ingin anda hadiri. Gunakan warna-warna pastel untuk penampilan ‘natural look’ atau warna-warna gelap untuk kesan ‘smokey eyes’. Kemudian, lukiskan garis halus di kelopak mata dengan menggunakan eye liner (pensil atau liquid) dan akhir sekali gunakan mascara untuk bulu mata yang lentik.


#4 Lipstick

Akhir sekali, sapukan lipstick ke bibir anda dengan menggunakan warna yang bersesuaian. Mungkin anda boleh mengenakan lipstick berwarna merah terang untuk menghadiri parti atau lipstick berona lembut untuk menghadiri resepsi perkahwinan.

Kesemua produk make up yang terbaik dan berkualiti boleh anda temui dengan melayari laman web ZALORA Malaysia. ZALORA menyediakan barisan jenama kosmetik yang boleh dipercayai seperti Sephora, Stage, Rodial, Rimmel dan banyak lagi dengan tawaran harga yang amat menakjubkan. Miliki rupa paras yang menawan hari ini juga!

"Sebagai full time worker & part time student, saya sentiasa teliti dengan makeup untuk dipakai semasa ke office dan kelas kerana makeup meyakinkan saya dalam apa jua aktiviti yang saya lakukan."

Ramadhan sudah tiba, pasti anda ingin tampil cantik di hadapan saudara-mara pada hari raya bukan? Dengan harga dan jenama yang berbaloi, segeralah shopping di Zalora selagi stok masih ada :)

No comments:

Post a Comment

Thank you for reading