Thursday, July 10, 2014

REVIEW: MAYBELLINE WHITE SUPERFRESH LONG LASTING UV CAKE POWDER


Sentiasa sibuk pada waktu kerja tidak menghalang saya untuk kelihatan berseri lebih-lebih lagi dengan kulit muka. Sejujurnya kulit muka yang berminyak memang boleh membuatkan saya kurang yakin apabila bercakap dan membincangkan hal kerja bersama rakan sekerja. Walaupun di pejabat memang sudah disediakan air-cond, namun saat beraktiviti sepanjang hari, kulit terpapar panas, lembap dan polusi menyebabkan penumpukan peluh. Ketika peluh dan minyak berinteraksi dengan bedak, pigmen bedak akan berubah warna dan menjadikan kulit nampak kusam.

Saya memperkenalkan produk baru dari Maybelline, White Superfresh Long Lasting UV Cake Powder. Bedak ini bukan seperti bedak biasa yang hanya menyerap peluh dan minyak berlebihan secara perlahan, tetapi ianya meninggalkan ultra halus pada kulit. Ia membantu untuk mempercepatkan pengeringan peluh dan penyejatan supaya kulit kekal bersih.



REVIEW


Kandungan "Clean Touch Powder System’s Mineral Perlite" mengandungi 5 kali serbuk menyerap talkum, menjadikannya lebih berkesan ke arah peluh dan sebum. Dengan satu sapuan, bedak ini menyerap peluh dan sebum, dan juga mempercepatkan penyejatan peluh. Tindakan pengeringan lebih cepat menyebabkan sentuhan yang bersih dan kulit muka terasa segar sepanjang hari. Kulit kekal cerah sehingga 12 jam


Bedak ini sesuai digunakan sepanjang hari. Tidak perlu membasahkan span semasa pakai. 


Price: RM23.90
*Pengisian semula disediakan untuk harga runcit yang disyorkan: RM11.90*

2 comments:

Thank you for reading