Monday, December 22, 2014

[EVENT] PROJEK DISKO BALDI & ASRAMA RA

Maafkan daku sebab dah lama menyepi. Bukan senang nak uruskan masa sebagai seorang full time accountant, part time student & part time blogger.  
Actually, event ni dah lepas beberapa bulan yang lalu *still nak post jugak* Sehari suntuk masa dihabiskan dengan pementasan dari projek disko baldi & asrama-ra.
Untuk show yang pertama, aku ke The Bee, Publika untuk projek disko baldi. Sebenarnya show ni sempena Green Vibes event & tujuan aku ke sana of course la sebab Iedil Putra. hehe. Bukan Redza Mihnat ye, sebab dia dah kahwin. Iedil masih single *sedapkan hati* Tak pernah tengok projek disko baldi secara live & finally dapat jugak tengok Iedil & Redza buat lawak yang pelik-pelik tapi memang kelakar. Selain tu, Ashraf Zain, Megat Sharizal, & Tuan Faisal turut terlibat dalam show. Kalau korang tengok movie Nostalgila mesti korang suka tengok lakonan Ashraf Zain yang selamba tu. So, mesti tengok tau!
YouTube: youtube.com/user/projekdiskobaldi
Facebook: facebook.com/projekdiskobaldi
Twitter: diskobaldi
Instagram: playgroundmain

Lepas habis show, aku pun request la nak bergambar dengan team projek disko baldi. Paling best bila Iedil cakap haiiii kat aku & aku "eh kenal ke?", Iedil jawab, "farah hanis kan". OMG OMG *nak pengsan hokayyy" Haha. Balik dari Publika memang tak boleh nak berhenti happy sebab Iedil kenal aku. Daripada jadi silent stalker, terus dapat buat dia kenal aku. hehe.



Dari kiri: Redza Minhat, Tuan Faisal, Iedil Putra, Ashraf Zain & Megat Sharizal

Then, terus pecut ke KLPAC nak tengok teater asrama ra pulak. Teater ni dibintangi oleh:

Nadiya Nisaa
Siti Saleha
Intan Nor Saina
Tuan Faisal
Sharifah Amani
Sherry Al-Hadad
Dira Abu Zahar
Fynn Jamal
Amerul Affendi



Sinopsis:
Asrama-RA mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah yang sedang menjalani kem kepimpinan di asrama sekolah mereka sendiri, sambil diiringi oleh Cikgu Sabariah dan juga Cikgu Adam. Pada malam terakhir mereka di sana, dua orang pelajar perempuan, iaitu Suhaila dan Nabila mengalami histeria secara tiba-tiba dan perkara menjadi semakin rumit apabila kejadian demi kejadian berlaku, Cikgu Adam dan Cikgu Sabariah juga terlibat dalam kejadian ini. Dalam masa yang sama mereka didatangi mimpi-mimpi ngeri yang bercerita tentang rahsia mereka masing-masing dan mimpi tersebut berkaitan dengan kematian kawan baik mereka, Nor. Dalam keadaan yang keliru dan penuh prasangka diantara mereka, wujud satu petelagahan besar yang membawakan kepada pembongkaran sebenar punca Nor yang mati membunuh diri dengan menggantungkan dirinya di dalam bilik asrama yang sedang didiami pelajar-pelajar tersebut ketika itu.




Aku bagi five stars untuk teater ni. Walaupun masa klimaks rasa confuse & pelik dengan jalan cerita, last baru faham jalan cerita yang sebenar. Tak sangka lakonan Fynn Jamal boleh buat aku nangis. haha. Pelakon yang menarik perhatian aku dari teater ni ialah Intan Nor Saina sebab lakonan tomboy dia. Dalam teater ni pun, dia paling kelakar. Lepas ni mungkin selalu nak aktif tengok teater di KLPAC, tu pun kena tengok lineup dia best ke tak. hehe.

Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Thank you for reading