Wednesday, December 24, 2014

[EAT & DRINK] DUBU-DUBU URBAN KOREAN FOOD


Rakan sepejabat ajak try makanan korea di Dubu-Dubu restaurant. Restoran tersebut dihidang dengan masakan tradisional yang sihat dan menggunakan bahan-bahan tulen dan sihat. Dari tofu, pes kacang, cili, bawang putih untuk kimchi yang terkenal dengan rasa masam dan pedas & sebab itulah makanan Korea terkenal dengan makanan yang sihat. Aku bukan fanatik atau obses sangat dengan makanan korea tapi sentiasa ada rasa ingin mencuba sesuatu. Jadi bila orang tanya "dah try makanan bla bla bla?" So kalau dah cuba, boleh bagi pendapat kan. *adventure sangattt* Jom fokus dengan menu & gambar makanan.


Website

Antara Menu yang kami order:
Honey Garlic Bulgogi (Beef)
Spicy Topokki
Pa-Jeon (Korean Pancake) 
Japchae (Glass Noodles)

Bagi pendapat aku, semua menu di atas rasa sedap. Tapi bagi colleagues aku pula, dorang tak boleh terima sangat menu japchae & spicy topokki. So, honey garlic bulgogi tu memang sedap. Masing-masing punya selera tekak berbeza. Topokki (rice cake) memang favorite aku. Rasa tepung & kenyal bila dikunyah. Antara makanan korea yang paling aku tak boleh makan ialah kimchi sebab rasa cuka & pedas semata-semata. Aku ni pulak tak boleh makan pedas, nanti sakit perut.

Kalau bab harga pula, hehe memang standard harga restaurant la. Mesti la tak murah. Tapi berbaloi dengan menu yang aku order. Walaupun takdela murah sangat, tapi makanan sedap. Oh ya, aku la yang order Honey Garlic Bulgogi tu. Sebelum gerak ke sana, memang aku ada baca review dubu-dubu. Takut tersalah order menu yang tak sedap.


Spicy Topokki


Pa-Jeon (Korean Pancake) 


Japchae (Glass Noodles)

Honey Garlic Bulgogi (Beef)

5 comments:

  1. meleleh air liur tengok topokki, lama tak makan... Sedapnya!

    ReplyDelete
  2. teringin nak makan tapokki. nak nak musim hujan ni :) selama ni teragak2 juga nak masuk. thanks for the review!

    ReplyDelete

Thank you for reading