Thursday, May 14, 2015

[TRAVEL] JAKARTA, INDONESIA - PART 1



Assalamualaikum & Hello

Trip kedua untuk tahun 2015, aku ke Jakarta & Bandung(Part 2). Ingat tak entry trip ke Krabi? Haaa masa kat Krabi lagi dah plan dengan kawan nak ke Indonesia, tengok-tengok menjadi pulak plan tu. Alhamdulillah. hehe. Macam biasa, setiap kali trip aku akan buat research 100%. Untung siapa pergi travel dengan aku, semua benda aku uruskan, tinggal nak jalan je. Travel adapter? Macam mana nak cari public tranport? Tu semua aku yang uruskan.




Kenapa Jakarta & Bandung? Sebab kedua-duanya syurga shopping kain. Memandangkan lagi 2 bulan nak raya, aku dah siap-siap beli baju raya untuk aku & family. First trip kan aku dah ke Krabi, tempat bersantai.. Maka, destinasi seterusnya haruslah tempat shopping. 

Tiket ke Jakarta(Air Asia) = RM99
Tiket ERL dari Bandar Tasik Selatan ke KLIA2(Kad Diskaun Siswa) = RM18.60

Firtsly, flight aku ke Jakarta pada jam 7.00am dan tiba di Jakarta pada jam 9.00am. Memandangkan kena check in jam 6.20am, maka aku dan kawan bermalam di airport. Ini first time aku bermalam di airport. Perbezaan masa Indonesia & Malaysia ialah satu jam(Indonesia lewat sejam). Tiba di airport terus ambil teksi dan terus ke hotel. Ramai sarankan suruh blue bird teksi. Masa aku sampai, blue bird teksi tak banyak. Jadi aku ambil teksi lain. Perjalanan dari airport ke hotel mengambil masa 3 jam. MasyaAllah dari cepat sampai boleh jadi lambat sampai sebab jalan sesak. Tension gila kereta jalan slow sangat masa jam. Untuk pengetahuan korang, masa ni jalan di Jakarta & Bandung banyak tutup sebab ada Asian African conference. Nampaknya kitorang salah pilih tarikh. Tapi semuanya berjalan dengan lancar.

Teksi = Rp350k

Sampai je di hotel terus check in & siap-siap susun barang. Hotel kami bersebelahan dengan Plaza Tanah Abang. Jadi, lepas siap susun barang, terus ke Tanah Abang, shopping time! Kat sini banyak baju siap yang murah-murah. Ada pelbagai seluar, jubah, t-shirt, baju tidur & sebagainya. Jangan lupa untuk tawar harga ya. Plaza Tanah Abang ada banyak blok. Semua blok jual jenis barang yang sama. Kat sini aku dapat beli chiffon shawl, seluar cotton, t-shirt, jubah.. Berbaloi-baloi. INGAT! Jangan shopping banyak sangat kat sini sebab di Bandung ada banyak lagi jenis kain yang lagi murah. Sebab dah penat sangat shopping, maka aku dan kawan lunch di Plaza Tanah Abang sahaja. Nak keluar cari tempat makan pun dah tak larat. Plaza tutup pada jam 5pm. Untuk pengetahuan umum, Plaza Tanah Abang berdekatan dengan Setesen Kereta Api Tanah Abang.

Hotel Mustika Tanah Abang = RM70.18(include tax)


View dari luar Tanah Abang. Sila berjaga-jaga dengan orang sekeliling dan sentiasa alert dengan poket & duit anda.



Nasi timbel di Tanah Abang






Pemandangan jalan raya di Jakarta(berdekatan Monas)

Lepas habis shopping, aku berehat sekejap di hotel & meneruskan perjalanan ke Stesen Kereta Api Gambir untuk beli tiket ke Bandung. Kenapa dari Gambir? Bukan dari Tanah Abang? Kerana tiada perkhidmatan train dari Tanah Abang ke Bandung. Disebabkan jalan sangat sesak & banyak jalan ditutup, driver tuk-tuk terpaksa berhentikan aku di satu jalan, di mana aku terpaksa jalan kaki selama 15 minit untuk ke Stesen Kereta Api. Perjalanan dari hotel ke Stesen Kereta Api mengambil masa 15 minit(kalau jalan tak sesak). Masa berjalan kaki, aku banyak bertanya dengan penduduk disana tentang arah jalan ke stesen, takut nanti sesat pulak. Sambil berjalan aku dengan kawan ambil gambar & dapatlah tengok Monas(National Monument, Indonesia). Kata orang di Bandung, di Jakarta tak ada tempat yang menarik selain Monas. Thanks to driver tuk-tuk sebab berhentikan kami di tepi jalan. Haha. Maka dengan itu, sampailah juga kami di stesen untuk beli tiket ke Bandung pada hari esoknya. Sebenarnya tiket boleh dibeli secara online, tapi aku tak dapat buat pembayaran secara online. Nasib baik ada tiket kosong lagi. Kata orang ramai, better naik train ke Bandung daripada naik bus, takut jalan sesak. Boleh ambil masa 5-6 jam kalau jalan sesak. Kalau train, ambil masa 3 jam sahaja. Kalau ada yang nak cuba beli tiket online, buka website ni http://kereta-api.co.id/ Suasana & tempat duduk dalam train sangat selesa, air-cond boleh tahan sejuk dan ada pramugari/pramugara dalam train yang akan jual makanan.


Sangat sangat sangat selesa. Kalau boring boleh baca buku, tengok tv. Sebelum gerak, rajinkanlah diri pergi toilet sebab aircond sejuk. Takut tak tahan bila dalam train nanti. hehe. Rasa macam ada toilet dalam train, tapi maklumlah, aku ni memilih sikit dengan tandas awam.

Aku bermalam satu hari sahaja di Jakarta. Pada keesokan harinya, jam 6am kami terus gerak ke Stesen Gambir. Tiket ke Bandung pada jam 8.30am, kena check in sejam awal sebelum train gerak.





Bakso telur di Stesen Gambir. Tak sedap *komen yang sangat jujur*




Tiket train = Rp100k (Eksekutif 1)
Tuk-tuk kecil ke Stesen Gambir = Rp40k
Van ke Stesen Gambir = Rp70k


Ini saja kisah aku di Jakarta. Tunggu part 2 pula, kisah di Bandung. Bye!

p/s: Semua perbelanjaan di atas kongsi berdua kecuali tiket flight & train. 
Kalau ada antara korang yang nak itinerary Jakarta & Bandung, boleh email ke farahhaniss@gmail.com. Jangan lupa follow "farahhaniss" di instagram. #farahhanisstravel 

7 comments:

  1. kalau nak lagi best. sila ke jakarta lagi pada penghujung tahun. ada sale hampir disemua gedung shopping. itupun kalau suka shoppinglah. sudah sampai di bandara, kalau nak lebih murah ke kota boleh cuba naik Damri. bas shuttle dari bandara ke jakarta central. nak agak lebih stylo, boleh naik alphard. tak mahal sangat sebenarnya. dah sampai jakarta, hati2 kalau makan dipinggir jalan terutama bakso. ada bakso yg pake daging khinzir. nak lebih selamat makan dalam mall je. jakarta ada banyak mall besar2 dan high class. sering sy ke fx plaza, sebab situ agak tenang dekat dgn jakarta central. situ selalunya wanita muslimah santai sebab situ ada kedai2 jual tudung yg agak stylo, stylo pun style indonesia lah. haha. banyak lagi nak kasitau. tapi itu ajalah dulu.

    ReplyDelete
  2. Pika belum pernah sampai ke Bandung. Excited baca. Nice la review setiap perkara. I like.. Thumbs Up sikit!

    ReplyDelete
  3. salam..nk tnye, ok x hotel mustika tanah abg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sarah, okay & selesa je bagi Farah.

      Delete
  4. Thx For U Brother, I LOove U Full ^_^. Dont Forget Me And Follow Me In Here
    harga viagra
    viagra asli
    beli viagra

    ReplyDelete

Thank you for reading