Tuesday, March 22, 2016

[TRAVEL] 6 DAYS IN SEOUL & 2 DAYS IN JEJU ITINERARY


Pada mulanya aku bercadang pergi Korea secara solo. Lepas balik dari Bandung terus beli tiket air asia promotion ke Korea. Aku hampir cancel tiket flight sebab tak diizinkan pergi secara solo. Tapi Allah izinkan aku pergi jugak sebab beberapa bulan sebelum tarikh penerbangan ke Korea, ada kawan-kawan yang nak ikut. So aku on & buat itinerary sendiri. Aku pergi berempat (termasuk aku). Semua budget cost & arah jalan, aku yang uruskan. 

Perjalanan dari Malaysia ke Korea mengambil masa selama 6 jam. Alhamdulillah, kami selamat pergi & selamat sampai. 

Kami pergi masa musim winter. Tak sangka salji turun lebat masa akhir musim winter. Dapat jugak merasa salji turun & main baling salji kat tempat public. kihkih. Terkejut juga rasa salji turun sebab tarikh kami pergi dari 27 February 2016 - 5 March 2016. Pakai baju 5 lapis pun masih rasa sejuk. Tapi hari terakhir kat sana suhu dah turun sikit, takdela rasa sejuk sangat. Boleh buka jacket la jugak.



Seoul & Jeju Itinerary

Aku tukar duit korea beberapa hari sebelum fly. Masa tu duit korea dah jatuh sikit. Daripada aku tengok masa ekonomi Malaysia tak berapa nak baik 3.7 lebih turun ke 3.51. So aku cepat-cepat tukar sebelum rate naik balik.

Kenapa aku selitkan kupon dalam itinerary? Untuk pengetahuan korang, Korea menyediakan benefit untuk rakyat malaysia di mana kita boleh mengurangkan perbelanjaan dengan menikmati beberapa diskaun di beberapa tempat. Korang boleh buka website http://www.visitkorea.com.my/, buat pendaftaran dahulu dan ambil buku kupon di Menara Hap Seng Kuala Lumpur. Kalau tak boleh ambil, boleh apply untuk dihantar secara pos.

Untuk korang yang akan terbang ke Korea, jangan lupa:

-Passport
-Duit korea
-Kunci luggage
-Beli makanan dalam flight
-Check in luggage awal sebelum boarding time
-Untuk perempuan kaki shopping barang skincare korea, sila check in luggage lebih dari 25kg

Untuk 1st entry backpaking di Korea, ini sahaja yang boleh aku update. Entry seterusnya aku akan update gambar & arah jalan. Anyong.

3 comments:

  1. bestnyaa. nnt share full budget bwak pergi sana boleh?

    ReplyDelete
  2. eh soryy bru keluar pic full budget tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Kalau nak tau arah jalan, tunggu next entry.

      Delete

Thank you for reading