Wednesday, March 23, 2016

[TRAVEL] BACKPACKING BANDUNG, INDONESIA - PART 2


Previous post: http://raksasapurple.blogspot.my/2015/05/trip-jakarta-indonesia-part-1



Entri ni merupakan entri kedua trip aku ke Indonesia. Selepas sehari berjimba di Jakarta, kami bertolak ke Bandung bagi meneruskan misi shopping kami disana. Bandung terkenal dengan baju & tudung yang murah-murah. Berbaloi shopping kat sini untuk persediaan nak kahwin. hehe. Sooooo selamat membaca!

Perjalanan ke Bandung
Seperti yang telah aku ceritakan di entri Part 1, aku ke Bandung menaiki kereta api dengan harga tiket yang murah. Perjalanan memakan masa selama 3 jam. Pada hari terakhir, dari Bandung ke Kuala Lumpur aku menaiki Air Asia (QZ 174) dengan harga IDR998k. Perjalanan dari Bandung ke KL adalah 3 jam.


Pengangkutan Di Bandung
Selama 3 hari di Bandung, kami hanya menaiki kereta yang dipandu oleh supir Asep. Beberapa hari sebelum bertolak ke Jakarta aku buat tempahan dengan supir (recomended by housemate). Supir ni kenakan bayaran ikut kereta. Jadi, kalau pergi ramai bolehla bayar kurang sikit. Tapi buat yang pergi berdua jangan risau, boleh bincang lagi dengan supir. Supir Asep ni baik & senang dibawa bincang (serious talk).


Asep's Contact Information:
Name: Asep
Contact No: *Sila email saya (farahhaniss@gmail.com)*

Tempat Penginapan di Bandung
Seperti biasa, aku akan pilih tempat tinggal yang murah dan selesa. Paling penting MURAH. Hehe. The Victoria Luxurious hotel pilihan kami. Hotel agak jauh dengan tempat-tempat yang ada dalam senarai lawatan kami, tapi tak risau sebab kami ada supir.

Supir akan jemput di hotel & bawa balik ke hotel.




Address: Jl. Sukaresmi No. 4-6, Sukajadi, Bandung, Indonesia.
Room Price: RM175 (3 nights include tax)

Antara tempat yang aku pergi di Bandung:

1. Heritage
2.Gedung Sate
3. Rumah Mode
4. Jeans Street
5. Kawah Putih
6. Ciwidey
7. Ladang Strawberry
8. Saung Angklung Udjo
9. Jalan Champelas
10.Trans Studio
11.Paris Van Java
12.Jalan Cibaduyut
13.Factory Outlet

Jalan-Jalan Cari Makan di Bandung





Tips Berjalan & Shopping di Bandung

-Untuk pengatahuan umum, setiap tempat yang anda singgah, anda akan dikenakan bayaran parking walaupun anda cuma singgah sekejap. Namun terpulang dengan supir anda, sama ada supir yang suruh bayar/supir sendiri yang bayar dahulu. Jikalau supir sudah kenakan bayaran servis yang agak mahal & setiap bayaran parking anda sendiri yang kena bayar, maka anda sebenarnya sudah diperdaya. Tapi, kalau supir yang bayarkan dulu dan harga servis supir sudah ditetapkan dari awal(murah), maka masa hari terakhir nanti sedekahla lebih sikit pada supir. Aku ni jenis yang kesian, supir pulak baik sangat, jadi hari terakhir tu kami sedekah lebih sikit. hehe
-Supir aku ni jenis yang tolong foreigner. Dia memang akan bagitau item-item yang original/tak original di Jeans Street. Dia sendiri nak kita untung. Jadi, korang jangan segan silu tanya supir korang okay?
-Sambil shopping tolong alert dengan persekitaran takut kena ragut. Kalau boleh duit simpan kat tempat yang susah orang nak curi.
-Rumah Mode adalah salah satu factory oulet yang paling popular & mempunyai kepelbagaian pakaian untuk dibeli.
-Saung Angklung Udjo tempat "entertainment" yang wajib untuk korang pergi. Sebab? Korang akan dihiburkan dengan persembahan angklung dan berjoget dengan kanak-kanak disana, dengan bayaran masuk yang murah serta door gift(aiskrim/air) sangat berbaloi.
-Kawah Putih dan Tangkuban Perahu selalu jadi teka taki. Dua tempat ini sangat berjauhan. Kenapa aku tak pilih Tangkuban Perahu? Setelah buat survey dengan orang-orang yang pernah ke sana, mereka tak wajibkan kita ke TR sebab kat sana sentiasa diikuti dengan orang yang jual barang serta mereka memaksa beli barangan jualan mereka. Bayaran masuk pun agak mahal. Tapi Kawah Putih ni, walaupun bayaran masuk pun lebih kurang dengan TR, tapi kami dapat air jus percuma. Pemandangan pun cantik. Dapat juga ke Ciwidey rasa jagung bakar manis & singgah ladang strawberry.
-Kalau nak harga masuk murah ke Trans Studio, pergila weekday ye. Beza harga weekday & weekend IDR100k. Masa aku pergi, kawan supir tolong belikan tiket sehari sebelum sebab masa weekend beratur panjang. So, korang bolehla ikut idea aku. hehehe.






















Supir Asep yang rajin layan kerenah customer



1 comment:

  1. Okay best! Dapat SUpir yg sporting dan tolong tourist. Bukan senang nak jumpa yg jenis baik mcm tu.. Nanti pika roger Dkt email kalau nak ke Bandung.. Boleh guna khidmat Pak Asep tuu.. Nice entri. SUka baca. Bnyk tips.. I like. Thumbs up lagi sekali.. Weee~

    ReplyDelete

Thank you for reading