Thursday, April 14, 2016

[REVIEW] ULTRA REJUVENATION CRYSTALLINEAR THERAPY - CRES WELLNESS

Hi! Kali ni Farah Hanis kembali dengan review terbaru! Ya, dah lama tak buat review sejak sibuk dengan karier, belajar hujung minggu & melancong. Tapi bila cakap pasal sibuk, mesti korang ingat aku tak ada masa nak jaga/kekalkan kecantikan kulit muka kan.Ya, bergantung pada masa lah. Selalu buat facial treatment sendiri kat rumah je. Tapi kadang-kadang tu nak juga merasa tangan orang lain tolong buat facial treatment untuk kita.



CRES WELLNESS
Ada apa dengan Cres Wellness? 

"Cres, a holistic beauty and health sanctuary which offers personalized treatments that helps women understand, manage and pamper their entire selves, in order to achieve a total wellbeing exuded by Confidence, Relaxation, Elegance and Sophistication. Being the flagship boutique of Cellnique - the first and largest Paramedical Skincare brand in Asia, CRES is backed by decade worth of experience and industry know how, as well as deep insight into the lifestyle and needs of the contemporary women. It offers a wide range of state of the art personalized therapy that contours the women of the new age towards ultimate beauty of mind, body and spirit."

Aku diberitahu yang kulit aku adalah jenis yang kering dan mempunyai banyak blackhead di bahagian hidung, pipi & dagu. Rawatan pertama yang dibuat adalah cuci segala makeup yang ada di muka. Maksudnya sebelum apa-apa rawatan dibuat, muka mestilah kena bersih. Lepas habis cuci muka, kepalaku dipicit-picit.. Sedap, rasa nak tidur.  Selepas itu diikuti dengan scrubbing untuk buang sel kulit mati.

Setelah habis scrubbing, muka diurut dengan Chakra massage with crystal (crystalline 1 & crystalline 2) yang digunakan untuk mengurut permukaan muka dan leher. Setiap step diselitkan dengan spray toner. Yela, kulit muka jenis kering kan.

Lepas tu, cold steamer diletakkan di sebelah muka untuk memelihara jenis kulit kering dan membantu mengecilkan liang-liang roma muka diikuti sapuan lapisan gel di keseluruhan muka sebelum sesi membuang blackhead. Agak sakit semasa sesi pembuangan blackhead sebab ni first time dapat pengalaman macam ni. Rasa nak menangis! Bila staff kat situ cakap dah nak habis, rasa lega yang amat. Haha.

Lepas tu barulah aku dapat rawatan ultrasound machine yang membantu menegangkan kulit atau ayat popular yang korang lebih kenali, v-shape. Proses v-shape mengambil masa lebih kurang 10-15 minit. Sedap tao, rasanya ada la tertidur sekejap. hehe.

Langkah seterusnya adalah sapuan mask yang terdiri daripada Enzymatic Masque, Matrix Masque & Soft Masque. Sambil tunggu sapuan mask tadi kering, bahu aku diurut & lagi sekali rasa macam nak tidur. hehe. Best, staff kat situ sangat friendly. Sambil dia bagi rawatan, sambil tu kita berborak dengan dia. Kalau boleh, dia nak bagi servis yang terbaik. Asyik offer nak sapi scrub tak, nak cukur kening tak. 

Akhir sekali, mask tadi ditanggalkan & muka aku dicuci dan staff tersebut tanya nak sapu sunblock tak. Aku jawab nak & lepas habis rawatan terus dia urut badan belakang lagi sekali. Rawatan ini mengambil masa 2 jam.

Keluar dari kedai, partner cakap muka cerah walaupun ada kesan bintik merah sikit. Mula-mula risau kalau bintik merah tu tak hilang, tapi keesokan harinya, kulit tak ada kesan bintik lagi & licin. Untuk pengetahuan korang, keseluruhan produk yang digunakan di Cres Wellness adalah Cellnique. Cellnique mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti buah, herba dan tumbuh-tumbuhan sebagai bahan asas. Hish, mana boleh tak jatuh cinta dengan produk cellnique sebab membuatkan kulit mukaku tegang & glowing.









Website:

Facebook fan page:

Outlet Cres Wellness boleh didapati di:
•The Gardens
•Metro Prima Kepong
•USJ
•Bukit Tinggi
•Jusco, Cheras
•Jusco, Seremban
•Jusco Bandaraya Melaka
•Taman Desa Tebrau





Fyi, anda boleh redeem free treatment voucher RM300 Crystalinear Treatment di mana-mana outlet Cres Wellness. Hanya dengan pergi ke link http://www.creswellness.com/voucher-redeem/crystalinear Siapa cepat, dia dapat!


No comments:

Post a Comment

Thank you for reading