Wednesday, June 7, 2017

PERTUNANGAN HAFIZ & FARAH [24.07.2016]

 

Setelah sebulan kahwin baru nak update pasal majlis tunang tahun lepas [Hehehe] Ok, taknak buang masa, I nak terus cerita perjalanan kisah kami sebelum tunang dan selepas tunang.

Ceritanya, I pun tak ingat macam mana Hafiz boleh terfikir nak kahwin. Dulu pernah I tanya Hafiz bila nak kahwin? Dia jawab dalam umur 30an nak kahwin? Seriously? I cakap kalau macam tu I nak sambung travel la sambil cari jejaka lain [Ini serius..] Dalam masa nak cari lelaki lain pun relationship kitorang still on je, takde break jugak. Tak lama lepas tu, Hafiz cakap dia dah ready nak kahwin & dia akan bagitahu mother in law (mama) yang dia nak datang merisik. Lepas dia confirm dengan mama terus I bagitahu parents I jugak (minta restu). Walaupun I dengan Hafiz dah berkawan lebih dari 8 tahun tapi kami ni diam-diam aje. Jarang I bawa Hafiz jumpa family I (boleh kira guna jari) begitu juga dengan Hafiz. Syukur, kedua-dua family MERESTUI hubungan kami. Restu family sangat penting ye adik-adik. Sebelum family kami jumpa untuk kali pertama, ayah I nak jumpa Hafiz untuk interview session. Lepas tu barulah family kami bincang untuk majlis tunang & kahwin.


TUNANG [24.07.16]

Kalau boleh mak I taknak kami ikat lama-lama. Tak elok katanya. Jadi kami cuma ikat 10 bulan sahaja. Lagipun kami dah kenal lama, jadi lebih elok jika dipercepatkan majlis kahwin nanti. Dulu susah nak percaya cakap orang, TUNANG NI BANYAK DUGAAN. Bila dah tunang baru rasa Haaaaaa... Tapi I bersyukur sebab dapat mak yang sangat sporting dan sentiasa bagi nasihat agama. Kalau pasal gaduh I dengan  Hafiz memang mak akan tahu sebab I cerita semua benda kat mak.

Alhamdulillah, kami dapat menempuhi fasa pertunangan dan berjaya diikat secara sah. Yeaayyy kami dah halal! Next I update pasal majlis kahwin pulak ye?! Tapi I belanja sedikit gambar masa majlis tunang haritu. *class dismiss* Bye!




















Eh, terselit gambar budak ni pulak

No comments:

Post a Comment

Thank you for reading